orang malaysia tak reti nak guna bahasa yang elok-elok ke?
saya menulis blok kali ini adalah untuk menegur individu yang suka sangat menggunakan bahasa-bahasa kesat. tak kira lah dalam percakapan atau penulisan. macam slogan budi bahasa budaya kita dah tak lut kat rakyat malaysia ni.. macam rukun negara kita; kesopanan dan kesusilaan tidak lagi menjadi prinsip kita..
sejak saya menjadi guru, saya amat-amat memerhatikan cara pelajar-pelajar bercakap sesama sendiri, malah saya sendiri bergaul dengan pelajar-pelajar dan bercakap dengan mereka. Amat menyedihkan bila pelajar-pelajar sekarang tidak pandai menggunakan kata-kata yang elok untuk dilemparkan samada dengan nada bergurau ataupun marah. semuanya ‘tut-tut-tut’ je. cakap pulak barang sendiri punya, haiwan yang tak de kena-mengena, dan macam2 lagi bahasa-bahasa kesat.
mungkin benda2 cam ni dah jadi tabiat sebab dah biasa dari rumah. mak ayah sendiri menggunakannya bila marah anak2 atau bercakap dengan kawan2. bila anak2 dah terbiasa dengan perkataan2 seperti ini, seolah2 perkara ini biasa saja.
saya dididik untuk tidak menyebut kata2 kesat sejak kecil, tetapi, terpengaruh dengan kawan2 yang suka menyebut2nya. ayah dan mak akan memukul kami sekiranya kami menggunakan kata2 kesat itu. lucu sangat bila teringat balik bila kena pukul dengan mak ayah sbb cakap kesat sesama kami, kami gaduh dengan cara berbisik. ![]()
tapi, bila dah tahu fikir sendiri, saya merasakan betapa rendahnya tahap diri seseorang itu bila hanya tahu mengeluarkan kata-kata kesat untuk menunjukkan perasaan tidak suka pada sesuatu. bila kata-kata kesat dah jadi darah daging, bila melatah pun boleh tercakap ‘tutttt!!!’. betapa rendahnya martabat seseorang tu hanya kerana percakapannya.
sekarang ni, kita sibuk dengan kempen budi bahasa budaya kita. sebagai guru, saya sentiasa menegur dan memotivasi pelajar-pelajar saya tentang kempen ini. tetapi, dalam masa yang sama, sering juga kita terbaca atau terdengar di media massa, ‘orang2 besar’ juga menggunakan kata2 yang tak sepatutnya.
ketika berbincang dengan rakan guru yang lain, ada juga rakyat malaysia yang tidak bersopan ni mengganggu blok-blok perbincangan dan forum-forum antarabangsa atau tempatan dengan menulis kata-kata kesat secara tiba2 dengan sengaja. (ada satu forum antarabangsa berbincang secara serius, tiba-tiba seorang rakyat malaysia (dgn IP tempatan) menyampuk “f**k you” berulang kali tanpa sebab. hanya untuk menyibuk dalam forum orang lain.) akibatnya, banyak IP tempatan terutamanya yang ada .com.my dibanned oleh forum-forum antarabangsa. nak ikutkan, ini dikira sebagai kesalahan etika internet..
tak malu ke? rendah sangat martabat rakyat malaysia kita ni. cubalah ubah diri dan nilai diri sendiri.. fikir-fikirkan.








