Selamat hari Ibu.. sayangilah keluarga anda

Posted on 10 May, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

Mood: Busy

Listening to: Kokoro no Chizu by BOYSTYLE

Watched: FlCl

Reading: Pengajian Am kertas 1 dan 2…. arghhh!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU UNTUK IBUKU DAN IBU2 DI SELURUH MALAYSIA.. HEHEHE I LOVE YOU, MOMMY!! ^_^

SELAMAT HARI GURU UNTUK IBU BAPA AKU DAN GURU2 DI SELURUH MALAYSIA.. DAN AKU SENDIRI…

—————————————————————–

Kawan sekerja aku pulang ke semenanjung sabtu minggu sebelum ini kerana ayahnya sakit tenat dan kritikal.. meninggal dunia pada jumaat lepas.. dan baru ni saja, kawan sekerja aku yang lain pula menerima berita tentang ayahnya meninggal dunia… biasanya orang kata anak perempuan lebih rapat dengan ayah.. tapi berlainan dengan aku. aku lebih senang dengan mak. dan, dengar berita macam ni, membuatkan aku fikir banyak tentang ayah aku…

ingat kembali apa yang dah ayah lakukan, aku terasa sangattt terharu dan barulah aku nampak bahawa ayah aku adalah LELAKI YANG PALING BAIK DI DUNIA! walaupun aku selalu tak sependapat dengan dia, kadang2, apa yang dilakukannya untuk kebaikan aku juga.

ayah aku seorang yang agak baran, keras kepala, degil, ego… tapi seorang yang AMAT SENSITIF! Dia bersikap sebegitu kerana dia seorang yang cepat terluka.. jadi, dia tak mahu kami sekeluarga mempertikaikan dia sebagai ketua keluarga..

pernah juga aku berselisih pendapat dengan ayah aku tentang suatu perkara, dia marah gila dengan aku (sebab dia percaya apa yang dia kata betul), tapi jelas sangat kat muka dia yang dia terasa dengan tindakan aku.. nada suara dia tinggi, tapi bergetar… MASA TU, AKU RASA BERSALAH GILA.. Aku tak sanggup tengok wajah ayah masa tu. suara aku pun kelu… aku dah tak berani bercakap lagi.. hati aku tersentuh tiba2.

Sejak tu, aku mengiakan saja apa yang ayah kata walaupun bercanggah dengan pendapat aku. Aku tak mahu ayah terluka lagi… bayangkan betapa susahnya mak dan aku memujuk ayah.. dah la aku ni MEMANG tak pandai memujuk. kalau ada ujian memujuk, aku boleh dapat F. Bila aku pujuk, dia kata "tak.. ayah patut minta maaf.. ayah tau, ayah yang salah.." AKU MENANGIS time tu jugak. aku tahu ayah kecil hati dengan aku..

namun begitu, terdapat perubahan pada ayah.. ayah mula bersikap mesra dan cuba untuk memahami aku. selalunya kalau ayah bercakap dengan aku, cuma kata-kata arahan, nasihat, dan ceramah agamanya.. tapi kini ayah dah mula nak mengajak aku berbual kosong. aku gembira dengan perubahan ini.

Tapi, walaupun ayah dah maafkan aku, aku masih tak rapat dengan ayah.. sampai time ni pun, aku tak pernah call ayah untuk tanya khabar dan bersembang kosong.. selalunya aku akan call mak untuk bertanya khabar famili… tapi, ayah selalu bertanya tentang aku kat sini melalui mak.

teringat kata-kata kawan aku - sayangilah mereka (parents), tunjukkan kita sayang pada mereka selagi mereka masih hidup… semasa menulis ni, aku tak tahu kenapa tiba-tiba menangis… aku patut call ayah aku esok…

no comments yet.



Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>