happy birthday to me….eeeeee!
dalam sibuk2 ni, aku sempat ingat birthday aku dengan bantuan remainder handset. aku mmg sibuk GILA. aku tak mampu lagi kerja macam ni. aku tak tau bila bahagian pengurusan terutamanya pengetua dan pk1 aku tu nak berambus. bagi kerja macam kita ni mesin… terutamanya pk1 aku. suka sangat bagi kerja melampau2 kat aku.. agaknya dia ni dah jatuh cinta kat aku agaknya
.
apa yang buat aku kata dia melampau?
1. dia bagi aku jadual waktu bangang. hari rabu aku dari waktu pertama (perhimpunan), sampai waktu ke 7 aku ada kelas! waktu rehat aku hanya 15 minit (waktu rehat student) mana sempat nak berehat? jln dari kelas ke bilik guru pun ambil masa 5 minit.. pernah satu ketika, aku dapat sit in (guru ganti bagi kelas yang tiada guru) time rehat tu! tak ke bangang?
2. Dia bagi kerja kat aku (buat e-backdrop) 3 bulan yang lalu, dan benda tu perlu selasa lepas. kerja yang boleh siap 1 jam. lepas tu hari2 dia tanya dah siap ke belum. mmg la aku tak buat lagi… maklumat yang dia bagi pun tak lengkap lagi. bila aku dah siapkan, dia suruh aku pergi ke tempat utk pasang e-backdrop tu. masalahnya, kalau hari2 aku sibuk sampai ke petang, mana sempat nak pergi. disebabkan ’sayang’, aku curi masa sikit utk pergi try, padahal, aku boleh try time raptai khamis lepas. tapi dia nak aku try sebelum raptai. tapi kali pertama, laptop x leh pasang. kena try laptop lain pulak.
3. rabu lepas, selepas waktu sekolah (12.40), ada taklimat guru (time pihak pengurusan menghentam cikgu). biasanya akan tamat dalam pukul 2. sebelum keluar dari taklimat (pkl 2), pk1 tu tanya bila aku nak pergi lagi utk try e-backdrop tu. aku naik angin sikit bila menjawab sebab aku mmg penat sgt, x makan lagi, tak solat lagi, dah tanya bukan2 dengan aku. pukul 2 pula, aku kena gi kelas bimbingan (aku tak kisah apa2 yang melibatkan pelajar). tamat pukul 3.15. lepas tu, ada meeting readerton.. sampai pukul 4. bila aku masuk pejabat, malangnya, terjumpa dia. dia tanya lagi soalan yang sama.. ARGH!!!!! aku gila dibuatnya! aku bagi tau dia dari pagi sampai waktu tu aku tak rehat lagi. dia kata.. kena pergi sebelum pukul 5. ARGHHHH!!!! gila perempuan ni!!!
INI BUKAN IMPIAN AKU. AKU SUKA JADI CIKGU, TAPI BUKAN KERJA YANG MENGUNTUNGKAN PIHAK PENGURUSAN. DIORANG BAGI TARGET UNTUK KELAS YANG AKU AJAR (A UNTUK SETIAP MATA PELAJARAN), TAPI, KALAU SETIAP KALI PUN AKU KEHULUR -KEHILIR BUAT KERJA UNTUK PENGURUSAN, MANA NAK SKOR A?! LEPAS TU, AKU TAK DAPAT NAIKKAN MARKAH MEREKA, MARAH AKU PULAK (MEETING SUBJEK YANG LALU). MALAS AKU NAK CAKAP. BUAT MUKA BODO JE. MENGADU KERJA BANYAK, TAK DITERIMA ALASAN TU.
================================================
tajuk aku ‘got suprised’ kan? silap tulis la atas tu… kah kah kah..
birthday aku 11 july yang lepas, aku dapat suprise yang baik dan buruk.
baik - student aku buat suprise party (party haram) untuk aku bila masuk kelas. aku betul2 tak sangka diorang buat cam tu sekali.. sebab aku marah2 diorang sehari sebelum tu sebab diorang tak buat kerja aku dan main2 dalam kelas. tapi… diorang tak boleh buat cam tu sebab tak leh buat party tanpa kebenaran.. tapi takkan aku nak suruh diorang simpan kek dan makanan2 ringan yang diorang penat2 sediakan? nasib baik pengetua tak ada hari tu.
buruk - dapat panggilan dari housemate kawan (aku tak kenal). aku bagi nama kawan aku tu ‘kak M’. kawan dia ‘kak N’. kak N call aku supaya tidak melayan call dari kak M. sebenarnya, aku sendiri malas nak layan calling kak M, sebab dia suka buang masa kalau cakap ngan aku. (as’kum, hai.. buat apa tu? - em.. tak de apa2 lah.. bye) sakit hati tak? time aku sibuk2 tu je yang dia nak kata? kak N tanya adakah layanan kak M tu pelik? aku kata ‘YA’. kak N bagi tau kat aku yang kak M tu setiap malam menangis sebab rindu pada aku… sedih kalau aku tak bagi tau ke mana aku pergi… tak layan mesej dia… tak jawab call dia… SEOLAH-OLAH aku ni kekasih dia. terkejut jugak la aku… kak N suruh aku jangan layan dia lagi. kalau tak, makin parah.
hampeh. aku mmg tertekan. sampai ada masa aku teringin sangat nak terjun tingkat 2, biar patah tangan, kaki sikit, lepas tu duduk hospital lama2, daripada terus berada di sekolah yang menyakitkan kepala tu…