Ekspidisi ke GUA NIAH

Posted on 27 August, 2006 by aquilasha.
Categories: Travel.

Pada 25 Ogos lepas, aku dan 6 orang kawan pegi Batu Niah. Perjalanan ke sana dari Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam (tak termasuk tersesat dekat 7 km..). Jalan ke sana tak susah. kalau ada kawan nak gi, aku boleh bawa. kitorang memandu sendiri ke sana dibantu oleh senior kitorang - Kak Luvrina. senang kata, dia jadi ketua kumpulan kitorang yang semuanya perempuan. Ini ekspidisi ke gua aku yang pertama.

Sampai di sana, kitorang melapor diri dahulu dan membayar tiket masuk RM10 seorang. kalau kitorang nak ambil pemandu pelancong, kitorang kena bayar RM80. walaupun ini kali pertama kitorang datang ke sini, disebabkan sayangkan RM80 tu, kitorang pun ambil keputusan untuk redah sendiri. lagi pun orang tu kata, tak mudah sesat sbb ada laluannya.. kitorang start jalan pukul 9.00 pagi.

Gua Niah di Sarawak adalah sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah dan ia juga antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Mmg sangat luas! macam boleh sumbat berpuluh2 kapal terbang… buat rumah ke… buat taman perumahan pun boleh.. hahahaha.

perkara yang menarik kat gua tu, kitorang melihat sendiri cara sarang burung di kutip. bayangkan… jarak antara lantai dan siling gua tu dekat 60 meter! dengan hanya sebatang buluh yang disambung2, sahaja untuk memanjat ke atas… tak gayat ker?! kitorang terserempak dengan pelatih PLKN dari Sibu. so, kitorang setuju untuk mengikut mereka sekiranya sesat.

Bila masuk lagi ke dalam, kena pakai lampu suluh..mmg sgt gelap. disebabkan aku ni penakut gelap, aku diam saja sepanjang perjalanan sambil pegang tangan kawan aku kuat2.. haha… sian dia. dalam gua yang gelap tu, boleh dengar bunyi air menitik, bunyi kelawar.. bila dah dok dalam tu, kitorang guna lampu suluh untuk melihat struktur gua dan melihat betapa luasnya gua tu.. terasa sangat diri ini kerdil di sisi-Nya. Betapa agungnya ciptaan Allah sehingga kitorang tergamam terlampau kagum. terasa sebaknya.

sebaik sahaja keluar dari gua yang gelap tu, kitorang meneruskan perjalanan ke painting cave. time ni dah penat dah. kalau jalan dia lurus je tak apa, tapi perjalanan ni naik turun tangga.. penat! bila dah sampai painting cave, kitorang terpaksa patah balik sbb tiada jalan lain lagi. perasaan time ni dah sedikit kecewa. so, rasa penat mula menguasai diri. jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. bermakna kitorang dah jalan 3 jam lebih. nak tak nak, kena balik cepat sbb zohor dah masuk.

perlahan2, kitorang melangkah pulang. tapi kali ini banyak berehat sbb dah penat. sampai saja mana2 point, kitorang rehat. tapak kaki aku dah sengal2 dah. akhirnya, berjaya keluar daripada gua. mood nak bergambar pun dah tak de. hahaha.. jam 2 ptg, kitorang baru melapor diri keluar. berjaya juga aku menamatkan ekspidisi yang memenatkan ini, tapi seronok.. ada masa, jom sekali lagi! ^_^ tapi tempat lain lah.. rancangan kitorang akan datang ialah mendaki gunung kinabalu pula… huhuhuhu…

S4020357

S4020284 S4020285S4020300 S4020302 S4020306

S4020354 S4020307 S4020309 S4020311 S4020316 S4020320 S4020321 S4020325 S4020330_1 S4020334 S4020335 S4020342 S4020347S4020355

1 comment.



Comment on August 28th, 2006.

wah… seronot nampak… ni yg nak suruh cikgu tengok filem The Descent ni ( http://movies.yahoo.com/movie/1808715948/info ). Hehehe.

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>