Kepada Student2 ku…

Posted on 4 September, 2006 by aquilasha.
Categories: Weblogs.

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa Khabar pelajar2 cikgu sekalian? Sihat? Dah makan? Gosok gigi? Dah siapkan kerja yang cikgu bagi semalam? Puas hati baca jurnal cikgu? Harap kamu membacanya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang, bukan untuk menjadikannya bahan mengusik cikgu atau bahan untuk disebarkan kepada umum, apatah lagi jadikannya sebagai rujukan karangan.

Semua itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan kamu semua, melainkan cikgu sendiri. Oleh yang demikian, nama-nama di dalam jurnal bukanlah nama sebenar, melainkan nama timang-timangan sahaja. So… percayalah!

Janganlah kamu nak mengusik cikgu walaupun kamu sendiri tidak tahu apa yang kamu baca! Nasihat ini ditujukan khas untuk pelajar tingkatan 2 Amanah.. Oh, ya! cikgu Siti beritahu cikgu yang awak semua kata saya ni kelakar.. Cuba cerita sedikit, part mana yang saya ni lucu dipandangan mata kamu?

Teringat pula kamu semua cuba cover saya atas kenakalan kamu sendiri sehinggakan ‘mengumpan’ PK1 ke kelas. Bijak, tapi bukan saya yang ajar ya… hohoho… ‘buat kuiz ya’…?

Kepada pelajar saya tingkatan 1 Jujur, terus terang, cikgu memang suka masuk ke kelas kamu, sebab kamu ni happening dan ceria… cuma kamu ni terlalu ‘happening’. Tapi…. kamu sepatutnya menjadi idola di sekolah ini kerana keistimewaan kamu. buktikan kepada cikgu..

Terima kasih juga kerana membuat suprise semasa harijadi saya. walaupun saya marah2, kamu tetap juga buat parti haram dalam kelas pada hari tersebut. Cikgu amat menghargainya. Kamu memang tak tau takut!

Akhir kata, terima kasih kerana masuk ke blog cikgu, terutamanya pelajar-pelajar yang pernah cikgu ajar sebelum ni (sewaktu jadi guru ganti dan praktikal), SMK Sri Istana, SK Convent Klang, SK Kg. Jawa Klang, dan SMK Tunku Abdul Rahman. Rajin2 belajar!

*****************************************************************************

Penatla wei… skema betul!!! hahahaha!

4 comments.



Comment on September 4th, 2006.

camat malam, cikgu aisyah…
hehe…ni student ex-convent klang…
suatu masa dulu kita pernah berutus email, slalu gak..
skrg ni, smenjak masuk sek men..huhu..bz manjang..
tangan dihulur, maaf dipinta..atas sgl kenakalan kami sewaktu cikgu ngajar kami dulu…
“terima kasih, cikgu aisyah…”

  myth
Comment on September 4th, 2006.

hoho….cikgu…apa kata cikgu ajar subjek BM..kureng sket tensennyer :-D

  ZuL
Comment on March 1st, 2007.

math ku brapa markah
neves juga di hati
ahaha

  Aizah
Comment on August 12th, 2007.

aah cikgu, dlu saye suka kutuk cikgu tembam, cikgu jangan marah saye yer… ahahha

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>