bagaimana nak jadikan sesorang itu penting dalam hidup kita?

Posted on 30 October, 2006 by aquilasha.
Categories: cetusan pemikiran.

Along_wall_2_7

ecah poyo

betul ke ni? aku dah ready ke? dalam nak, ada tak nak. bila nak, nak cepat, tapi lebih baik lambat… APE BENDE AKU MEREPEK NI?

AKU BETUL2 GELISAH SANGAT… betul ke tidak aku ni? adakah aku membuat pilihan yang betul? perlukah aku mengikut pandangan orang lain atau ambil sikap ‘peduli apa orang lain?!’

sesekali, aku fikir yang aku dah buat pilihan yang betul… sesekali, aku fikir yang aku buat untuk tidak menyakiti hati orang lain… sesekali pulak aku fikir yang aku ni belum bersedia.. entah hape dalam otak aku sekarang ni.

aku ada jugak fikir yang aku ni lebih banyak menjaga hati orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri.. ‘dia’ selalu kata yang aku amat penting dalam hidup ‘dia’, tapi rasanya, aku tak melakukan apa2 pun untuk menjadi penting pada ‘dia’. bila dia cakap cam tu, aku terfikir balik - perlu ke aku cakap balik yang dia juga amat penting bagi aku? aku tak pernah rasakan apa yang dia rasa. sebab tu aku keliru sekarang ni..

bagaimana nak jadikan seseorang itu cukup penting dalam hidup kita?

Apa yang perlu aku lakukan?

anda seorang yang dewasa sekiranya…

Posted on 15 October, 2006 by aquilasha.
Categories: cetusan pemikiran.

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

meeting anugerah kokurikulum…

Posted on 10 October, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

Hari ni lewat sikit sahur.. entah dari semalam, lepas berbuka dan solat maghrib, terus tertido. sempat jugak la online - download [one piece movie 7, bokura ga ita 13 & 14, death note 1, dan manga one piece chapter 424, 427 and 428].. tapi sambil tunggu suma2 tu download dengan kelajuan yang menyayat hati, aku tertidur. sampai kul 3 pagi, baru terjaga! alamak.. tertinggal solat isyak! kelamkabut aku gi qada’… lepas tu.. sambung tido.. tak mampulah nak terus tunggu azan dengan membaca al-quran dan solat2 sunat… tak taulah, dah tido berapa lama, still rasa ngantuk.

jam loceng berbunyi kul 4. aku snooze dia.. tapi entah bila dia berbunyi balik, aku tak sedar. tetiba terbangun sendiri sebab teringat yang aku kena sahur. aku jenis yang tak leh kalau tak sahur.. perut tak tahan. tapi pagi ni aku minum air saja sampai imsak kul 4.46 pagi.. tak sempat dah time aku bangun tu.

ni semua pasal meeting semalam- dari pukul 2.30 sampai kul 5.20 ptg! kalau boleh, si pkkk tu nak sampai 5.30.. oi.. orang dah balik dah time tu! tak fikir ke orang nak berbuka? marah betul kawan aku kat sebelah.

pengetua aku ni pun satu.. nak sahkan minit meeting pun lama.. itu perkara yang dibincangkan meeting yang lepas.. janganlah terus tanya perkembangan.. satu2 la.. dah sahkan meeting yang lepas, barulah laporan.. ini tak.. tunggang langgang jadinya.. lepas tu terus keluar kata kitorang tak bersedia. (aku bersemangat nak bentang.. tapi turn aku tak sampai, dia dah merajuk keluar).

tgk muka si pkkk dah merundum dah.. merah dah mata.. aduh.. sensitifnya lelaki ni.. dia ni kurang cekap buat kerja.. semua benda yang di lapor pada dia, dia dengar, angguk, ok. lepas tu bila pengetua tanya, dia dah gabra. buku program yang aku buat tu tak guna tanya dia.. ada error pun dia kata ok. padahal,  banyak lagi maklumat yang aku tak masukkan lagi. saja.. kerja dengan orang yang main2.. aku pun main2 lah.

kawan aku pulak, bersemangat dia buat teks emcee, lepas tu dia tanya siapa yang akan bagi anugerah2 tu nanti, boleh si pkkk tu kata perkara tu tak penting.. tu tak perlu dibincangkan sekarang ni. mana tak tension kawan aku ni. terus kitorang main2 kat belakang sampai pukul 5.20.. kalau nak ikutkan, kalau bahagian kitorang ni tak dilayan, tak guna kitorang terus berada kat dalam meeting tu.

lepas tu, bila maklumat masih tak sempurna, dia nak sambung sampai 5.30… dia kata berkorban masa sikit.. ini bukan masalah korban masa.. kitorang nak berbuka tak lama lagi…

dah la.. nak gi meeting lagi ni