meeting anugerah kokurikulum…
Hari ni lewat sikit sahur.. entah dari semalam, lepas berbuka dan solat maghrib, terus tertido. sempat jugak la online - download [one piece movie 7, bokura ga ita 13 & 14, death note 1, dan manga one piece chapter 424, 427 and 428].. tapi sambil tunggu suma2 tu download dengan kelajuan yang menyayat hati, aku tertidur. sampai kul 3 pagi, baru terjaga! alamak.. tertinggal solat isyak! kelamkabut aku gi qada’… lepas tu.. sambung tido.. tak mampulah nak terus tunggu azan dengan membaca al-quran dan solat2 sunat… tak taulah, dah tido berapa lama, still rasa ngantuk.
jam loceng berbunyi kul 4. aku snooze dia.. tapi entah bila dia berbunyi balik, aku tak sedar. tetiba terbangun sendiri sebab teringat yang aku kena sahur. aku jenis yang tak leh kalau tak sahur.. perut tak tahan. tapi pagi ni aku minum air saja sampai imsak kul 4.46 pagi.. tak sempat dah time aku bangun tu.
ni semua pasal meeting semalam- dari pukul 2.30 sampai kul 5.20 ptg! kalau boleh, si pkkk tu nak sampai 5.30.. oi.. orang dah balik dah time tu! tak fikir ke orang nak berbuka? marah betul kawan aku kat sebelah.
pengetua aku ni pun satu.. nak sahkan minit meeting pun lama.. itu perkara yang dibincangkan meeting yang lepas.. janganlah terus tanya perkembangan.. satu2 la.. dah sahkan meeting yang lepas, barulah laporan.. ini tak.. tunggang langgang jadinya.. lepas tu terus keluar kata kitorang tak bersedia. (aku bersemangat nak bentang.. tapi turn aku tak sampai, dia dah merajuk keluar).
tgk muka si pkkk dah merundum dah.. merah dah mata.. aduh.. sensitifnya lelaki ni.. dia ni kurang cekap buat kerja.. semua benda yang di lapor pada dia, dia dengar, angguk, ok. lepas tu bila pengetua tanya, dia dah gabra. buku program yang aku buat tu tak guna tanya dia.. ada error pun dia kata ok. padahal, banyak lagi maklumat yang aku tak masukkan lagi. saja.. kerja dengan orang yang main2.. aku pun main2 lah.
kawan aku pulak, bersemangat dia buat teks emcee, lepas tu dia tanya siapa yang akan bagi anugerah2 tu nanti, boleh si pkkk tu kata perkara tu tak penting.. tu tak perlu dibincangkan sekarang ni. mana tak tension kawan aku ni. terus kitorang main2 kat belakang sampai pukul 5.20.. kalau nak ikutkan, kalau bahagian kitorang ni tak dilayan, tak guna kitorang terus berada kat dalam meeting tu.
lepas tu, bila maklumat masih tak sempurna, dia nak sambung sampai 5.30… dia kata berkorban masa sikit.. ini bukan masalah korban masa.. kitorang nak berbuka tak lama lagi…
dah la.. nak gi meeting lagi ni
