pengembaraan ke 2: Tobat tak nak pergi lagi!

Posted on 14 November, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

Ingat lagi ‘pengembaraan’ aku dan kawan2 aku ke Gua Niah tempoh hari? Semasa pulang daripada Gua Niah tu, kitorang bercadang untuk mandi air terjun. Dengar daripada kawan2, kat Lambir ada banyak air terjun yang cantik2. So, kitorang terus ke sana. tapi malangnya, hari telah petang dan pegawai kat situ melarang kitorang masuk kerana perjalanan ke air terjun mengambil masa 1 jam lebih. akhirnya, kitorang berkhelah kat tepi lot parking dia je.

Semalam, 14 November 2006. Kitorang berenam sekali lagi bercadang untuk ke Lambir. Niat yang lama dipendam mesti dilaksanakan! Pukul 6.30 pagi Zila dan SitiHot dah siapkan makanan. Aku pulak, masih dengan kerja sekolah - menaip minit meeting, ingatkan nak hantar pada PK1 pagi tu jugak. Lembab jugakla kitorang bergerak pagi tu. Dah pukul 7.00 lebih, tapi ada diantara kitorang tak bersiap lagi - termasuk aku. Jam 8.00 bertolak keluar rumah, tapi Kak Noni nak uruskan kek sarawak yang dia beli untuk hantaran kahwin. Tapi urusan kek tu mengambil masa yang lama..

Kitorang bertolak dalam pukul 9.00 pagi menuju ke arah Esplanede sebab Kak Luv tunggu kitorang di SMK Agama. Tunggu punya tunggu, dia tak muncul2. Call, rupa2nya, dia dah salah bagi direction. SK Agama.. kena patah balik ikut jalan ke air port, Kak Luv minta kitorang semua bergerak terus ke Lambir.

Kitorang bertolak ke sana dalam pukul 10.00 pagi. Sampai kat sana pukul 11.00 pagi. tapi Kak Luv belum sampai dan tak sampai2 sehingga jam menunjukkan hampir kul 12.00 Kak Luv datang dengan kawan dia, Kak Nora. Kawan2 aku minta aku pergi pondok pendaftaran, tapi tak ada orang. tiba-tiba, aku nampak sebuah keluarga terus masuk ke pintu denai utama. aku rasa pelik juga - sebab kat papan kenyataan tu, pelawat kena ambil tiket dulu. So, kitorang ni orang baru kan, kitorang ikut saja orang yang dah biasa kat sini.

Tapi, bila dah jalan hampir 35 minit, kitorang dihalau keluar oleh pegawai yang kebetulan membuat rondaan didalam tu. Tak guna! kalau tempat tu tempat larangan (kerana pengubahsuaian), kenapa tak kunci pintu denai utama tu? letakla tanda yang jelas sikit. Bengang betul kitorang kena patah balik. badan dah la berpeluh sangat ni, penat pun ada. kecewa betul. Pegawai tu minta kitorang lapor diri di main office (yg aku pun tak perasan itu main office) dan kat situ, akan diberitahu tempat yang boleh kiorang masuk.

Keluar dari situ, kitorang dah tak de mood lagi nak berjalan. tapi bukan senang kitrorang nak bercuti macam ni, bila dah sampai lebih baik tunaikan niat tu walaupun banyak halangan. Kiey cakap, kalau kita dah pergi sekali ke tempat tu, tapi kena patah balik, lebih baik jangan pergi. Mesti ada benda yang tak baik akan berlaku. Aku setuju juga, sebab dari pagi tadi, ada saja halangan yang nak lambat2kan pergerakan kitorang.

Bekalan makanan yang kitorang bawa kitorang makan. entah cam mana, semangat nak mandi air terjun tu masih ada dikalangan kitorang ni. akhirnya, buat keputusan untuk cari air terjun. selepas solat, kitorang pergi ke main office untuk lapor diri. dikenakan bayaran RM10 seorang dan RM40 jika dalam kumpulan 5 orang. kumpulan kitorang ni ada 7 orang, so kena bayar RM60. berbaloi atau tak bayaran ni, aku tak tahu masa tu. harap ada kemudahan untuk kitorang ke air terjun Pantu, yang paling dekat sekali. pegawai tu kata perjalanan lebih kurang 40 minit (tipu!).

kitorang start jalan mengikut arahan dalam peta yang diberi. GILA! perjalanan ke sana terus menerus naik ke puncak, tanpa henti. penat GILER! naik. naik. dan terus naik. Kak Luv dah macam nak pitam (haha). apa ni, cikgu sains sukan dah kalah dengan cikgu sejarah, cikgu IT, cikgu BM, cikgu Seni, cikgu geografi? aku berjalan di depan sekali. tapi sekali sekala kena patah balik tgk kak Luv dan kak Nora.

dah jalan lama dah, tapi kitorang masih tak lagi mendengar sebarang bunyi air. so, kitorang teruskan berjalan lagi. agaknya, dah dekat 1.2 km berjalan, kitorang semua rasa pelik sangat. dah la tak ada anak panah, sebarang papan tanda meter/kilometer pun tak ada. kitorang ingat dah sesat.. dah give up dah. tapi ternampak mat dan minah saleh ni turun dari atas. aku baru nak speaking london, mat saleh tu tanya aku "nak pergi water fall ke?" hehhe.. dia kata lagi 10 minit akan sampai.. WAH! kitorang bagaikan dapat semangat baru. terus bergerak.

dah dekat 30 minit jalan, masih tak nampak2 lagi. hampeh punya mat saleh, langkah dia 10 minit, langkah melayu 30 minit.. masa tu tak terfikir pun, kalau turun bukit lebih laju dari naik bukit. aku ingat kitorang ni dah betul2 sesat dah ni. kitorang ingat kitorang dah naik terus ke bukit pangtu. Kitorang ambil keputusan untuk patah balik saje sebab jam dah menunjukkan pukul 3. Tapi, tiba-tiba, kak Luv yang macam nak pitam tadi terus naik ke atas tanpa henti. entah kenapa, kitorang biarkan saja – dan kitorang masih berbincang untuk patah balik. tiba2 kak nora tanya mana nak Kak Luv.

nak tak nak, kitorang kena naik atas cari kak luv. rupa-rupanya dia dah sampai ke pondok rehat yang berada di persimpangan ke pangtu waterfall dengan bukit pangtu. pondok tu menunjukkan kitorang kena jalan lagi 340 meter lagi untuk sampai ke waterfall tu. tapi perjalanan ke sana curam ke bawah! aduh.. dapat fikirkan betapa susahnya kitorang nak naik nanti.

akhirnya, kitorang sampai ke waterfall Pangtu tu…….. yang kitorang nampak, HANYA ADA SATU KOLAM DENGAN WATER YANG FALL DARI ATAS……. sekelilingnya tebing tinggi dan hutan (macam satu jalan mati kat situ).

hanya ada 2 couple cina di situ berpiknik. tanpa mempedulikan diorang, kitorang cari port kitorang. berendam, main air.. rasa hilang segala penat lelah tu.

SitiHot pergi ke bawah air terjun tu. dia basahkan badan kat situ. Kiey ikut dan kemudian Kak Luv pun ikut sama. dia ajak aku dan Kak Nora sama dengan dia. tapi, dasar kolam tu dalam dan aku terpijak lumut yang aku benci, aku tak nak teruskan. aku cuma main air dan mengapungkan diri saja kat tepi.

jam dah menunjukkan pukul 4.15 petang. kitorang kena balik. semua dah kembali ke tebing kecuali kak luv dan kak Nora. 2 couple tadi ambil tempat dibawah air terjun tu pulak. aku masih mengapungkan diri, saja tak nak naik lagi - tunggu kak Luv dan kak Nora.

TIBA2, Zila panggil kak Nora dan Kak Luv dengan suara cemas. diorang terkapai2 kat tengah2 kolam tu. SitiHot terus berlari ditebing untuk cuba menarik diorang dari tepi. aku nak cuba tarik diorang, tapi kaki aku dah tak sampai dasar. walaupun aku pandai mengapung diri, tapi aku tak pandai berenang lagi. aku dapat menjerit minta tolong pada lelaki cina yang berada di bawah air terjun tadi. mereka nampak keget sekejap, tapi salah sorangnya terus selamatkan kak Nora dan Kak Luv yang masa tu dah tenggelam.

ALHAMDULILLAH, kak luv dan kak Nora dah diselamatkan. bila tersedar, kak nora terdiam sebentar macam terkejut terus dia peluk kak Luv menangis. YA ALLAH, bersyukur sangat. Kak luv terkejut juga, tapi dia dapat steady lagi.

Kitorang ucapkan terima kasih banyak-banyak pada 2 orang lelaki tadi - yang bekerja sebagai penarik kereta. (sempat pulak diorang bagi kad nama - tapi kad nama tu dah lunyai sebab letak dalam poket yang basah). kitorang terus balik. perjalanan balik tu mudah sebab turun bukit. kitorang ambil masa 50 minit untuk sampai ke bawah, cuma kak nora sakit lutut dan terpaksa kitorang papah bergilir-gilir.

kitorang sampai di bawah dalam jam 5 lebih Sampai saja di bawah, aku nak ke main office untuk melapor keluar. dalam masa yang sama, aku nak komen tentang kemudahan ke tempat air terjun tu dan tak berbaloi kitorang bayar RM60 sebab tak ada sebarang kemudahan untuk kitorang sepanjang mendaki tadi. TAPI, apabila aku sampai saja kat muka pintu, main office tu TUTUP! teruk betul diorang ni! tak bertanggungjawab! masa awal tu, diorang sendiri kata kena check in dan check out. tapi, kitorang tak check out lagi, kenapa dah tutup? cuba kalau kitorang sesat ke.. hilang ke… tak bertanggungjawab betul!

KITORANG BALIK DENGAN TAK DE LANGSUNG PERASAAN SERONOK HARI TU. TOBAT, TAK NAK PERGI LAMBIR LAGI!!

p/s: sebab tu tak ada gambar untuk kali ini

3 comments.



  DeJa
Comment on November 16th, 2006.

Hai chah, ko ni dok kat situ buat aktiviti EXTREMELY dasat! Kalau aku nak join leh tak? Tapi kalau aku yang lemas, ko la selamatkan aku…hahahah…

  ZuL
Comment on March 1st, 2007.

lambir memang byk tragidy yg menyeramkan

  Aizah
Comment on August 12th, 2007.

tayah la gi tpt yg kena bayo mcm tu… tak berbaloi!

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>