hari istimewa

Posted on 12 March, 2007 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.
  • Tarikh: 11 mac 2007
  • Hari: Ahad
  • Masa: selepas zohor

alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. berdebar ada, gembira ada.. macam2 la. kakak dia yang menyarung cincin untuk aku sebab mak dia terpaksa menjaga cucunya yang baru lahir (kakak ipar - ibu bayi tu meninggal dunia baru2 ni kerana melahirkan anak).

ramai juga adik beradik tunang aku datang.. dengan beberapa orang anak buahnya… ramainyaaaa! katanya, itu baru sedikit… anak buah dia yang dah kahwin tahun lepas dah selamat bersalin.. so, dia dah dapat title ‘datuk’… aku? ‘datin’ lah kot.. hahahahaa!!!

dalam perbincangan, nikahnya dalam setahun ni, tak kurang dari 6 bulan, tak lebih setahun.. cam tulah.. aku tak nak susahkan dia, banyak yang aku rancang, lain keputusan orang tua.. nak buat cam mana.. aku tak dapat nak membantah.

apa pun.. insyaallah.. majlis nanti, mak aku kata tak nak jemput ramai orang.. tapi, aku dah ‘tempah’ meja untuk kawan2 aku. (^_^) hehee.. tunggu jelah kad jemputan dari aku ek.. doakan perhubungan kami berkekalan.. amin.

Copy_of_dsc00052jangan buat perangai cam aku ni..

Copy_of_dsc00055 songkok dia pun jadi mangsa gambar pelik aku.. (tetamu belum datang, berani lah aku beraksi macam ni)

Copy_of_dsc00043 hantaran dari pihak perempuan..

Copy_of_dsc000252 org kwn baik aku dtg untuk tolong.. thanks for the muffin, Jah!

Copy_of_dsc00027bergambar dgn best friend aku.. Jah dan Maryam

Copy_of_dsc00048sepupu aku yang sibuk cakap aku ‘budak berangan’.. hahaha

Copy_of_dsc00050 bergambar dengan sepupu belah mak.

Copy_of_dsc00061ibu kesayangan aku.. thanks, mom..

Copy_of_dsc00069alamak.. dah sampai dahhh….

Copy_of_dsc00087cincin risik dan tunang.

Copy_of_dsc00089kakak firdaus menyarungkan cincin..

Copy_of_dsc00095bergambar dengan adik beradik dan anak buah firdaus..

Copy_of_dsc00122famili aku..

Copy_of_dsc00124kak Asni yang peramah..

Copy_of_dsc00094kak Na, kakak firdaus yang selalu bersemangat menyokong kitorang berdua..

Copy_of_dsc00141inilah student memerangkap bakal anak buah aku sekarang..

Copy_of_dsc00151bergambar sebelum pulang. di tengah2 tu ayah firdaus.. Pak cik Yatim.