hari istimewa
- Tarikh: 11 mac 2007
- Hari: Ahad
- Masa: selepas zohor
alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. berdebar ada, gembira ada.. macam2 la. kakak dia yang menyarung cincin untuk aku sebab mak dia terpaksa menjaga cucunya yang baru lahir (kakak ipar - ibu bayi tu meninggal dunia baru2 ni kerana melahirkan anak).
ramai juga adik beradik tunang aku datang.. dengan beberapa orang anak buahnya… ramainyaaaa! katanya, itu baru sedikit… anak buah dia yang dah kahwin tahun lepas dah selamat bersalin.. so, dia dah dapat title ‘datuk’… aku? ‘datin’ lah kot.. hahahahaa!!!
dalam perbincangan, nikahnya dalam setahun ni, tak kurang dari 6 bulan, tak lebih setahun.. cam tulah.. aku tak nak susahkan dia, banyak yang aku rancang, lain keputusan orang tua.. nak buat cam mana.. aku tak dapat nak membantah.
apa pun.. insyaallah.. majlis nanti, mak aku kata tak nak jemput ramai orang.. tapi, aku dah ‘tempah’ meja untuk kawan2 aku. (^_^) hehee.. tunggu jelah kad jemputan dari aku ek.. doakan perhubungan kami berkekalan.. amin.
jangan buat perangai cam aku ni..
songkok dia pun jadi mangsa gambar pelik aku.. (tetamu belum datang, berani lah aku beraksi macam ni)
hantaran dari pihak perempuan..
2 org kwn baik aku dtg untuk tolong.. thanks for the muffin, Jah!
bergambar dgn best friend aku.. Jah dan Maryam
sepupu aku yang sibuk cakap aku ‘budak berangan’.. hahaha
bergambar dengan sepupu belah mak.
ibu kesayangan aku.. thanks, mom..
kakak firdaus menyarungkan cincin..
bergambar dengan adik beradik dan anak buah firdaus..
kak Na, kakak firdaus yang selalu bersemangat menyokong kitorang berdua..
inilah student memerangkap bakal anak buah aku sekarang..
bergambar sebelum pulang. di tengah2 tu ayah firdaus.. Pak cik Yatim.
3 comments.

