2 kisah dalam 2 hari

Posted on 4 November, 2007 by aquilasha.
Categories: myself.

hari ahad, kisah pertama
kitorg subuh hari tu agak lewat. aku la org first bangun, tu pun lepas tunang aku kejutkan. kalau tak, semua bangun lambat sebab kepenatan semalamnya. lepas solat, kitorg memulakan kerja2 mengemas dan memasak. aku tolong mengemas2 depan rumah dan membeli barang di kedai.

peminat pertama kitorg datang dalam kul 11.30 pagi. kak romina dtg ngan 2 org anaknya. lepas tu, disusuli pulak oleh cikgu elais dan familinya, bersama2 dengan kak shah dan familiya. kemudian, makin ramai tetamu yang hadir, termasuklah beberapa pelajar yang dijemput hadir oleh kak siti dan adda. riuh rendah rumah dibuatnya.

kitorang enjoy dan seronok sgt sebab ramai yang datang. tapi.. penatnya subahanallah… aku tak tau lah kwn2 aku yang lain, tapi aku terlelap terus selepas maghrib. ingat nak baring2 saja, tapi terus sampai kul 4 pagi.. tu pun mamai2 lagi, tak tau samada aku dah solat isyak ke belum..

terima kasih kepada sesapa yang dtg… lain kali leh jemput lagi.

hari isnin, kisah ke 2
argh… tension! bangun pagi je terus solat isyak yang tertinggal mlm tadi. pastu, baru teringat, kwn minta data emis mlm tadi, nak tak nak, aku terus buat pagi ni.

lepas mandi2, bersiap, start enjin, riverse, GEDEBUK!!!! aku langgar anak kucing …………………………….. sedih giler aku! wa.. aku tak sampai hati, aku terus nangis, panggil jiran sebelah.. sebab aku langgar kucing dia…. masa aku buka pagar, aku tak perasan dia sebab dia kat bawah kereta aku. dia tak lari pulak masa aku hidupkan enjin… dah lama aku tak nangis disebabkan kucing. dulu, kat rumah ada bela kucing, bila mati je, aku nangis.

nasib baik jiran aku tu tak salahkan aku. tapi, aku betul2 terkilan sangat sebab aku main2 dengan dia semalam… aku nampak dia pagi tu masa buka pintu, tapi tak terfikir dia duduk kat bawah kereta lepas tu… wa…