level UP!
tahun 2007 hampir tamat dan 2008 semakin menjelma. sebelum menetapkan azam baru dan perancangan baru, jangan lupa buat postmortem untuk sepanjang 2007. sekurang-kurangnya dapat baiki apa yang cacat dan tidak melakukan kesilapan yang sama tahun hadapan.
Memikirkan apa yang aku dah lakukan sepanjang 2007, ada perkara yang ‘level up’, ada juga yang ‘level down’.. tapi kalau dalam game, tak ada pulak istilah level down.. memikirkan kehidupan macam game, seronok juga.. kita akan cuba untuk level up dalam apa pun perkara yang kita nak buat.
bukan susah nak ukur tahap level tu.. kita nilai diri kita sendiri saja, kita sendiri tahu tahap kemampuan kita.
orait.. kalau aku..
1. kerja : tiada level up tahun ni. EXP jatuh sikit.. sebab tak leh kerja dibawah tekanan.. tapi level masih kekal
2. memasak : level down. setahun duduk ngan Siti, aku cuma tolong potong itu ini. dia yang masak.. isk3.. EXP turun sebab adik komen masakan aku rasa lain daripada sebelumnya.
3. Menjahit : tiada level up. EXP naik lambat sebab tiada masa nak menjahit. tapi hari tu ada cuba menjahit sikit, skill still ok.
4. Personaliti : level up! mungkin tak sehebat orang lain yang sebaya, rasanya dah leh urus penampilan diri lebih baik dari tahun sebelumnya.
5. kesihatan : level up! tahun ni sekali saja demam dan lelah.. (tak masuk selsema) alhamdulillah..
6. relationship : 2 times level up! berjaya menambah rakan-rakan dan kenalan baru - ditempat kerja dan dalam keluarga (keluarga tunang). 1 time level down untuk tidak menghubungi beberapa kenalan lama untuk tempoh masa yang lama.. isk3..
7. percintaan : 2 times level up! XD!! sekali: pertunangan pada 11 mac 2007. kali ke 2: first time dating berdua dengan tunang! XD!! (<– setiap kali dating, mesti ada mak ayah aku).
8. harta : level up! berjaya buat simpanan mengikut perancangan, Mr. Chopperman (kereta kelisa aku) sihat2 dan tiada masalah setelah setahun ni, Acer Elric (pc aku) juga tiada masalah dalam 2 tahun ni. alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberkati rezeki aku.
9. IQ : level up! rajin juga aku menambah pengetahuan aku secara formal dan tidak formal. tahun 2007 ni aku banyak gi kursus komputer yang banyak membuka minda dan menambah ilmu. dan aku suka surfing mencari maklumat walaupun untuk perkara yang remeh.
10. EQ : level tak naik, tak turun.. EXP naik dan turun.. aku sentiasa happy go lucky cam orang kenal aku selalu, tapi sekali sekala, ada time aku bengang dan mengamuk sendiri.. adalah sekali dua.. mengamuk kat mesin jahit, kesesakan lalu lintas, kerja yang bertindan…
rasanya ini sahaja yang boleh disenaraikan untuk sepanjang 2007. ada kategori yang lain yang aku perlu ukurkan tak?
so.. untuk azam tahun baru ni, aku nak baiki mutu kerja supaya dapat level up sekurang2nya sekali dalam tahun ni. nak level up kan skill memasak dan menjahit amat berguna bila dah kawin nanti.
insyaallah, cuti pertengahan tahun depan..
