meremang…. seram

Posted on 28 February, 2008 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

Aku rasa semua orang pernah kena ‘tindih’ kan? maksud aku ditindih ’sesuatu’ ketika tgh tidur… aku selalu sangat kena, lebih2 lagi kalau aku tidur lewat. Ada penjelasan saintifik tak tentang fenomena ni? kebelakangan ni, ada perkara yang pelik2 berlaku.. terutamanya tentang duit.. dalam 2 bulan ni, duit kitorang hilang.. tak hilang banyak.. rm50 je.. tapi, aku hilang rm50, Ati hilang jugak, duit rumah yang Hajar bayar pun hilang rm50…

Malam tadi kitaorang satu housemate duduk depan tv sambil bersembang.. tiba2 sorang kawan bangkitkan isu pasal ditindih ni lah.. aku pun cakap, aku selalu kena kat rumah ni, sebab tu skang ni aku selalu tidur kat ruang tamu. masalahnya, mlm tadi, bila aku tidur kat bawah, untuk kali pertamanya aku kena sejak tidur kat ruang tamu. susah nak bernafas, terasa ada orang betul2 depan muka aku. aku cuba baca ayat kursi, tapi asyik ulang ayat yang sama, tak habis2.. bila dah terlepas, aku cuba tidur balik dan ubah posisi.

masa tengah mamai2 nak tidur, aku terasa ada orang gerakkan bantal kat muka aku. kemudian, ‘dia’ duduk kat hujung kaki aku dan sentuh dengan perlahan kaki aku… aku fikir kawan aku, tapi semua orang kata mereka tidur nyenyak malam tadi. terlintas pulak kat fikiran aku nak tgk duit aku kat purse… memang betul.. rm50 yang aku asingkan dari duit belanja hilang, duit yang Ati bayar untuk kad kredit pun hilang rm50..

penjelasan! aku perlukan penjelasan sekarang… dan apa teknik atau cara yang terbaik untuk aku hadapi situasi ni!

3 comments.



  Aizah
Comment on February 28th, 2008.

aku tak pasti cara yg sepatutnya ko buat, tp cube ko tny ayah ko. maybe dia tau… aku rasa ade something aa kt umah ko tu… tak pun cube ni:
Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

untuk pendinding: ayat akhir surah at taubah.

Comment on February 29th, 2008.

oh! ok. banyak juga kitorang dapat nasihat dari ustazah dan cikgu2 kat sekolah tu. ni pun leh cuba jugak. thanks ^_^

Comment on April 12th, 2008.

betul tu… rumah tu x cukup dinding kot? ^^ apala… rilex.. caranya mudah.. tiap2 malam khamis baca yassin ramai2 + air yassin.. n minum… ^^ (team work kalahkan sekor setan)

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>