Kenali personaliti anda - Rahsia Kentut

Posted on 15 April, 2008 by aquilasha.
Categories: cetusan pemikiran.

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

1. Orang TIDAK JUJUR; Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG; Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020; Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA; Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS; Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP; Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI; Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS; Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU; Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK; Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH; Orang yang kalau habis kentut menghirup dan menelan udara untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK; Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG; Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH; Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK; Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK; Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR; Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR; Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR; Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK; Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT; Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN; Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA; Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

~ This is for fun only! bukannya betul.. tapi kalau terasa tu.. agak2nya betul tak? hehehe…

kursus 3 minggu…

Posted on 6 April, 2008 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

dari 14 mac hingga 1 april 2008 aku gi kursus induksi dan kenegaraan kat penview inn di kuching, sarawak. sepanjang 2 minggu pertama tu… kelas penuh dari pagi hingga ke malam.. tak kira sabtu atau ahad, mahupun cuti maulidur rasul… tiada rehat!

doakan aku lulus ujian induksi ni.. huhuu… aku ni lemah sikit jawab soalan esei..

seminggu terakhir pulak, gi kursus kenegaraan kat kem permai, santubong, sarawak.. best giler! cuma tak banyak gambar yang boleh nak dirakamkan kat sana sebab alat elektronik semua di simpan oleh diorang. pantai dia cantik sgt! kalau korang nak berjalan ke sarawak, jangan lupa singgah kat santubong.. tak rugi, tempatnya cantik sangat!

pengalaman best sangat kat sana.. cuma tempatnya agak keras.. kitorang kena kacau malam terakhir kat situ.. ‘dia’ mengajuk balik apa yang kitorang suka buat.. ketawa, sendawa… hahahaha.. tapi alhamdulillah, tak de perkara yang dasyat berlaku..

kursus kenegaraan ni best sangat. menanamkan semangat patriotik dalam diri.. aku yang tak minat sejarah ni, terus jadi minat sgt.. banyak yang aku pelajari semasa di kursus ini. kursus ni juga banyak melatih aku berani bercakap.. tak sangka, aku banyak bercakap semasa dalam kursus ni sebab diberi banyak peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. org2 yang kenal aku tentu tahu, aku lebih suka mendengar daripada bersuara bila dalam satu meeting or perbincangan.

ni beberapa gambar masa aku kat sana.

P3280904 di hadapan tempat pendaftaran kem permai

P3280908 kawanq2 aku kat sana..

P3280926 jom, pergi sekolah!

P3280952 bukan tempat tinggal aku ya..

P3280953 bersusah payah meredah hutan untuk menuntut ilmu.. chewah!

P3280960 selepas sarapan, ambil gambar utk tgk gigi bersih tak.. sbb tak de cermin..

P3280968 cantik kan…?

P3280978 dalam dewan yang dijadikan surau.

P3311000 ini gambar hari last kat sana.. teringin nak datang lagi!

P3311009 jalan masuk ke kem permai.. last snap sebelum pulang..