kursus 3 minggu…
dari 14 mac hingga 1 april 2008 aku gi kursus induksi dan kenegaraan kat penview inn di kuching, sarawak. sepanjang 2 minggu pertama tu… kelas penuh dari pagi hingga ke malam.. tak kira sabtu atau ahad, mahupun cuti maulidur rasul… tiada rehat!
doakan aku lulus ujian induksi ni.. huhuu… aku ni lemah sikit jawab soalan esei..
seminggu terakhir pulak, gi kursus kenegaraan kat kem permai, santubong, sarawak.. best giler! cuma tak banyak gambar yang boleh nak dirakamkan kat sana sebab alat elektronik semua di simpan oleh diorang. pantai dia cantik sgt! kalau korang nak berjalan ke sarawak, jangan lupa singgah kat santubong.. tak rugi, tempatnya cantik sangat!
pengalaman best sangat kat sana.. cuma tempatnya agak keras.. kitorang kena kacau malam terakhir kat situ.. ‘dia’ mengajuk balik apa yang kitorang suka buat.. ketawa, sendawa… hahahaha.. tapi alhamdulillah, tak de perkara yang dasyat berlaku..
kursus kenegaraan ni best sangat. menanamkan semangat patriotik dalam diri.. aku yang tak minat sejarah ni, terus jadi minat sgt.. banyak yang aku pelajari semasa di kursus ini. kursus ni juga banyak melatih aku berani bercakap.. tak sangka, aku banyak bercakap semasa dalam kursus ni sebab diberi banyak peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. org2 yang kenal aku tentu tahu, aku lebih suka mendengar daripada bersuara bila dalam satu meeting or perbincangan.
ni beberapa gambar masa aku kat sana.
di hadapan tempat pendaftaran kem permai
bersusah payah meredah hutan untuk menuntut ilmu.. chewah!
selepas sarapan, ambil gambar utk tgk gigi bersih tak.. sbb tak de cermin..
dalam dewan yang dijadikan surau.
