kursus 3 minggu…

Posted on 6 April, 2008 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

dari 14 mac hingga 1 april 2008 aku gi kursus induksi dan kenegaraan kat penview inn di kuching, sarawak. sepanjang 2 minggu pertama tu… kelas penuh dari pagi hingga ke malam.. tak kira sabtu atau ahad, mahupun cuti maulidur rasul… tiada rehat!

doakan aku lulus ujian induksi ni.. huhuu… aku ni lemah sikit jawab soalan esei..

seminggu terakhir pulak, gi kursus kenegaraan kat kem permai, santubong, sarawak.. best giler! cuma tak banyak gambar yang boleh nak dirakamkan kat sana sebab alat elektronik semua di simpan oleh diorang. pantai dia cantik sgt! kalau korang nak berjalan ke sarawak, jangan lupa singgah kat santubong.. tak rugi, tempatnya cantik sangat!

pengalaman best sangat kat sana.. cuma tempatnya agak keras.. kitorang kena kacau malam terakhir kat situ.. ‘dia’ mengajuk balik apa yang kitorang suka buat.. ketawa, sendawa… hahahaha.. tapi alhamdulillah, tak de perkara yang dasyat berlaku..

kursus kenegaraan ni best sangat. menanamkan semangat patriotik dalam diri.. aku yang tak minat sejarah ni, terus jadi minat sgt.. banyak yang aku pelajari semasa di kursus ini. kursus ni juga banyak melatih aku berani bercakap.. tak sangka, aku banyak bercakap semasa dalam kursus ni sebab diberi banyak peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat. org2 yang kenal aku tentu tahu, aku lebih suka mendengar daripada bersuara bila dalam satu meeting or perbincangan.

ni beberapa gambar masa aku kat sana.

P3280904 di hadapan tempat pendaftaran kem permai

P3280908 kawanq2 aku kat sana..

P3280926 jom, pergi sekolah!

P3280952 bukan tempat tinggal aku ya..

P3280953 bersusah payah meredah hutan untuk menuntut ilmu.. chewah!

P3280960 selepas sarapan, ambil gambar utk tgk gigi bersih tak.. sbb tak de cermin..

P3280968 cantik kan…?

P3280978 dalam dewan yang dijadikan surau.

P3311000 ini gambar hari last kat sana.. teringin nak datang lagi!

P3311009 jalan masuk ke kem permai.. last snap sebelum pulang..

2 comments.



Comment on April 8th, 2008.

tiap kali nk jln msti x ajak…

  emo
Comment on April 9th, 2008.

ai…patut lama sik nanga cikgu…hehehe..

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>