Majlis yang ringkas dan meriah
Alhamdulillah.. semuanya selamat dalam satu lafaz. Saat itu betul2 buat aku gembira, terharu, dan sebak. Aku sekarang sudah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Firdaus b Yatim. Ya Allah.. aku rasa sangat bahagia dan aku juga berharap semua orang merasakan kebahagiaan itu bersama-sama.. aku dapat lihat semua yang berada di sisi aku saat itu mengalirkan air mata kesyukuran..
Kawan baikku, Hadijah ada di sisi ku dari awal hingga akhir majlis. Aku amat2 menghargainya. Dia memegang tanganku erat ketika aku berdebar saat akad nikah berlangsung. Dia menemani aku sehingga pengantin lelaki sampai dan terus berada di sisi sehingga majlis tamat. terima kasih banyak2!
Bila fikir balik, aku macam tak percaya yang aku sudah berkahwin.. saat perkenalan aku dengannya agak singkat, tetapi penuh dengan kebetulan. banyak versi cerita yang keluar bagaimana kami berkenalan sebab suami tak mahu kecoh2. Cukuplah orang lain tahu yang kami berkenalan melalui kakaknya. Tapi yang sebenarnya, dia tersalah nombor.. dari situ kami berkenalan. Tapi, sepanjang perkenalan, kami tak pernah berjumpa dan first time jumpa suami sudah merancang untuk bertunang. Semasa pertunangan, hanya 4 kali kami bertemu bertemankan mak ayah.. itupun jarang dapat line clear untuk bersembang bersama.
Beberapa hari selepas majlis, kami sibuk bergerak ke sana-sini bertandang ke rumah saudara mara.. penat gila. kemudian, gi rumah mertuaku kat perak. banyak undangan kahwin kat sana.. bak kata suamiku dah masuk musim mengawan.. huhuhu…
setelah 4 hari di sana, kami balik ke klang. tinggal beberapa hari saja sebelum aku kembali ke Miri untuk meneruskan tugas sebagai cikgu. rasa sedih nak meninggalkan suami. tetapi, apa nak buat…
sebelum masuk ke balai berlepas, aku mengalirkan airmata sebaik
bersalaman dengan suami. Dia terus mencium dahiku. rasa berat nak meninggalkan suami dan terpaksa berpisah sementara…







