aku tak suka benda2 yang leceh!

Posted on 10 October, 2008 by aquilasha.
Categories: cetusan pemikiran, myself.

aku tak suka buat benda2 yang leceh! aku akan fed up dan tension sendiri. aku tak tau orang lain, tapi aku mmg cam ni. kalau perkara itu aku terpaksa juga buat, aku akan cuba cari jalan cara menyiapkannya dengan cepat. atau meringkaskannya seboleh yang mungkin asalkan keputusannya tetap sama.

contohnya.. menulis rancangan mengajar.. aku tak suka menulis rancangan yang sama untuk kelas yang berlainan dan menulis benda yang sama setiap hari. apa yang aku buat ialah dengan menaipnya.. senang.. copy and paste je apa yang sama. (contoh: perkataan hari, kelas, masa, tempat, objektif, aktiviti, bahan mengajar dan sebagainya)

Pastu, aku tak suka peraturan2 dan hal2 yang remeh. kalau aku rasa tak masuk akal, aku tak peduli sangat.. cam majlis kahwin. alhamdulillah, berjalan dengan lancar, cuma mmg ada yang kurang. aku tak suka bersanding (dan itu adat hindu, bukan cara Islam), aku tak suka mekap dengan tambah bulu matalah (haram di sisi Islam), cukur kening la (haram juga), buat persalinan la (membazir), potong kek la (tiru omputeh?), ambil gambar studiola (membazir lagi) dan macam2 lagilah! leceh!.. betullah, majlis kahwin mmg membawa banyak fitnah.. itu lah tak kena, inilah tak kena, ada saja yang orang lain sibuk cakap kat belakang.. tapi peduli apa.. majlis dah selamat berlangsung. kita buat grand, akan jadi fitnah orang juga. buat apa bazir duit untuk jadi bahan fitnah orang lain? 

hari ni pulak saliran air di bilik mandi tersumbat. ok.. kalau tak buat, aku nak mandi kat mana lagi kan? tapi, kalau dekat beberapa kali buat sampai 20-30 minit tak jalan juga, aku perlukan peralatan yang sempurna.. sekurang2nya mendapatkan pam yang tak keras cam kayu dan mulut yang lebih besar. aku fed up. kawan aku leh sabar lagi, tapi aku dah tak sabar. stop kejap. dalam kepala aku nak terus gi kedai beli pam baru time tu jugak. wargh!!! penat sangat! aku nak mandi dulu.. nak ikutkan, malas. tapi dah kawan aku cakap aku dah cam kambing, aku gi lah jugak mandi.

yelah.. aku gi mandilah!