berhadapan dengan pelajar bersikap biadap

Posted on 22 July, 2009 by aquilasha.
Categories: cetusan pemikiran.

Sudah 7 bulan aku bekerja di sekolah baru ni. suasananya berlainan sekali berbanding di sarawak. cara kerja, pelajar-pelajarnya, guru-guru dan sistemnya. Aku seorang yang mudah ‘masuk’ dengan suasana dan tempat baru. bila cikgu-cikgu kata di sekolah baru ku ini pelajar-pelajarnya nakal, aku optimis dengan mengatakan mana-mana sekolah pun ada ramai pelajar nakal.. dan aku biasa dengan keadaan ini.

Tetapi, aku tidak menjangka akan berhadapan dengan pelajar yang bersikap biadap. untuk kali pertama dalam karier aku sebagai seorang guru, aku tercabar dengan sikap pelajar yang berani menengking aku dan memaki hamun aku dengan kata-kata kesat sambil tangan menunding-nunding kepada aku atas sebab aku menegurnya (bukan sekali, tapi berkali-kali) kerana bercakap dan meniru dalam ujian. tindakan biadapnya membuatkan aku menghalaunya keluar dari kelas. rasanya sesiapa yang berada di tempat aku juga akan berang.. (kalau dengan orang lain, rasanya dah pecah mulut kena penampar)

itu adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan pelajar biadap.. seterusnya, aku dah lali dengan sikap diorang ni, walaupun sekali sekala aku hilang sabar juga dibuatnya. ada seorang pelajar kelas tingkatan satu yang aku ajar, seorang yang panas baran. tak padan yang kecik. suka ponteng kelas dan mengganggu P&P. tidak buat kerja yang diberikan dan tidak pernah beri perhatian.. bila kena tegur, dia tidak puas hati seolah-olah dia sahaja yang dipersalahkan (sedangkan pelajar lain juga diberi teguran yang sama, denda yang sama). dia akan mencari setiap kesalahan cikgu - baru-baru ini, dia bangun, berdiri rapat mengadap aku dengan pandangan penuh ancaman setelah aku menegurnya tidak membuat kerja yang disuruh seolah-olah nak bertumbuk dengan aku! alangkah biadapnya! aku men’duduk’kan budak ini ditempatnya, tetapi mulutnya menyumpah seranah dan memaki hamunku dengan kata-kata kesat!

sememangnya kes-kes seperti itu akan diambil tindakan oleh sekolah, namun, perkara ini akan sering sangat berlaku sehinggakan ramai guru terpaksa membiarkan sahaja sikap biadap mereka untuk tidak memberi tekanan kepada diri sendiri.. kalau kita ambil tindakan sendiri, mulalah budak-budak ni mencabar kita kembali dengan merosakkan harta sekolah atau guru berkenaan. 

tidak kurang yang memberi amaran kembali kepada guru yang mereka akan repot kepada ibu atau bapa, polis, nak saman cikgu.. rasanya diorang ni belajar dari tv dan akhbar yang suka sangat mensensasikan kes-kes ibu bapa yang suka menyaman cikgu. seolah-olah cikgu seorang yang kejam dan suka mencederakan budak tanpa sebab. baru-baru ni, kes ustaz melempang budak. yang mana memang patut dilempang kerana mulut pelajar yang biadap, kurang diajar. kalau pelajar itu beradap, dan diajar budi bahasa oleh mak bapaknya, tak delah kena lempang..

orang dulu-dulu ada pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. mak aku pernah melempang aku (sebab aku pun kecik2 dulu suka menjawab cakap mak) - dan mak selalu cakap, biar kena lempang dengan mak, jangan kena lempang, kena pukul terajang dengan orang lain sebab mulut kita. mak bapa dulu-dulu malu kalau anak sendiri dilebel biadap oleh orang lain-  menunjukkan tak diajar adab oleh mak bapak. tapi (sesetengah) mak bapak sekarang bangga masuk akhbar, tv menyaman cikgu yang melempang anaknya yang kurang ajar.. tak malu ke diorang kerana tidak pandai mengajar anak sendiri sehingga terpaksa anak itu ‘diajar’ oleh orang lain? fikir-fikirkanlah..

sebagai cikgu, aku suka kerja aku. pilihan menjadi cikgu adalah pilihan pertama aku. jadi, aku sayang kerjaya aku. tugas aku ialah mendidikbukan setakat mengajar. tetapi tercabar juga bila kita nak memberi nasihat / motivasi kat diorang, diaorang kata; “cikgu diberi gaji untuk mengajarkan? ajar je lah. jangan peduli hal kitorang (merujuk kepada perbuatan mereka melanggar peraturan sekolah).” macamla diorang yang bayar gaji cikgu..

Apa yang aku teringin sangat nak kata, kalau pelajar itu tidak bermasalah, tidak biadap, tak ada cikgu yang nak marah-marah atau merotan. guru tidak akan memukul tanpa sebab. aku juga selalunya akan memberitahu dahulu kepada pelajar sebab-sebab dia didenda sebelum aku mendendanya.

3 comments.



Comment on July 25th, 2009.

huhu, mmg menyedihkan keadaaan pelajar2 skarang, Aquila-sensei~ dulu waktu lina skolah, though just kena hafal2 sifir n grammar tu but kalo x ingat, tu pun dah kena rotan dah~ >3___> padahal diorg bukannyer tau kita tegur demi kebaikan diorg gaks~ hai, apa nak jadi budak2 skarang ne…

semoga Aquila-sensei tabah menghadapi cabaran sbg seorg cikgu~ Coz keje cikgu mmg keje mulia~ ^___^ *poloks*

  roddy
Comment on August 8th, 2009.

erm…memang sedih la kisah cikgu..ni
apa kes la budak tu cikgu,kalau saya dalam situasi ckgu,saya rasa lempang saja budak tu..
sabar ek cikgu..
from ur ex student:roddy smklutong

  pejod
Comment on September 30th, 2009.

cah..sabar jer. tu yang aku sayang nak tinggalkan lutong ni…budak2 die ok..tp tak tahan bawah pemerintahan kuku besi ….entahlah..sabar jer lah cah…

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>