| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jul | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
hari ahad, kisah pertama
kitorg subuh hari tu agak lewat. aku la org first bangun, tu pun lepas tunang aku kejutkan. kalau tak, semua bangun lambat sebab kepenatan semalamnya. lepas solat, kitorg memulakan kerja2 mengemas dan memasak. aku tolong mengemas2 depan rumah dan membeli barang di kedai.
peminat pertama kitorg datang dalam kul 11.30 pagi. kak romina dtg ngan 2 org anaknya. lepas tu, disusuli pulak oleh cikgu elais dan familinya, bersama2 dengan kak shah dan familiya. kemudian, makin ramai tetamu yang hadir, termasuklah beberapa pelajar yang dijemput hadir oleh kak siti dan adda. riuh rendah rumah dibuatnya.
kitorang enjoy dan seronok sgt sebab ramai yang datang. tapi.. penatnya subahanallah… aku tak tau lah kwn2 aku yang lain, tapi aku terlelap terus selepas maghrib. ingat nak baring2 saja, tapi terus sampai kul 4 pagi.. tu pun mamai2 lagi, tak tau samada aku dah solat isyak ke belum..
terima kasih kepada sesapa yang dtg… lain kali leh jemput lagi.
hari isnin, kisah ke 2
argh… tension! bangun pagi je terus solat isyak yang tertinggal mlm tadi. pastu, baru teringat, kwn minta data emis mlm tadi, nak tak nak, aku terus buat pagi ni.
lepas mandi2, bersiap, start enjin, riverse, GEDEBUK!!!! aku langgar anak kucing …………………………….. sedih giler aku! wa.. aku tak sampai hati, aku terus nangis, panggil jiran sebelah.. sebab aku langgar kucing dia…. masa aku buka pagar, aku tak perasan dia sebab dia kat bawah kereta aku. dia tak lari pulak masa aku hidupkan enjin… dah lama aku tak nangis disebabkan kucing. dulu, kat rumah ada bela kucing, bila mati je, aku nangis.
nasib baik jiran aku tu tak salahkan aku. tapi, aku betul2 terkilan sangat sebab aku main2 dengan dia semalam… aku nampak dia pagi tu masa buka pintu, tapi tak terfikir dia duduk kat bawah kereta lepas tu… wa…
nmpak x kad ni?? hahah…dh baca kan..meh le rmai2 dtg umh..de ape?de pe? Open house..
tapi, klu nak dtg, syarat2nya adalah
p/s (to student2 aku): maaf, hanya menjemput guru2 smk lutong… klu semua nk dtg, matilah cikgu…
Berada dalam minggu-minggu peperiksaan ni, memang agak rilek. Yelah.. masuk kelas jaga budak jawab kertas peperiksaan. pastu, kutip. yang tak bestnya jaga exam ni, cepat ngantuk sbb sunyi sangat dan hanya memerhati budak2. tu pasal aku buat macam2 untuk tidak hilang tumpuan.. kalau tak, samada aku akan terlelap sekejap atau budak2 ambil kesempatan meniru.
Teringat masa belajar dulu.. pernah jugak aku meniru sikit2.. caranya, oh.. tak boleh bagi tau. bahaya… macam2 teknik nak meniru ni, sampai jadi bahan perbincangan hangat kat dalam kelas sebelum exam cam mana nak berhubung antara satu sama lain. tapi, bukan selalu teknik kitorang berjaya, yang dapat pun 1-2 soalan saja. nak tanya pun, aku pilih soalan yang killer je sebab peluang ke-2 takkan ada, baik tiru soalan yang betul2 susah. tapi, aku tak pernah meniru kalau ujian matematik- sebab tak ada masa nak pandang tempat lain. sibuk mengira (tu pasal aku jadi cikgu maths kot).
tapi tu masa sekolah rendah lah. dah sekolah menengah, tak la aku buat kerja-kerja bodo tu.. apa guna lulus kalau bukan sebab usaha kita sendiri. kalau bodo, markah tinggi tak bermakna apa2 pun. sebab tu, kalau aku dapat markah sikit tu, aku tak heran sangat. dah itu usaha aku, itulah yang aku dapat.
sekarang ni, bila tgk budak2 jawab soalan periksa, kalau ada yang nak meniru tu aku tau je… yelah, teknik2 meniru tu aku perasan berdasarkan pengalaman..
Ada juga jenis budak yang buat aku marah. sebaik saja terima kertas soalan matematik, dia terus tanda kertas objektif tanpa buka kertas soalan pun! memang kena ketuk kepala lah. aku cukup pantang budak buat kerja bangang cam tu. sekurang2nya, cubalah menjawab kalau tak tahu pun. soalan matematik bukan semuanya susah. lagi2 kalau soalan objektif. boleh guna kalkulator. kira je lah!
………………………………………………………………………..
Tak lama lagi peperiksaan besar bagi pelajar tingkatan 5 dan 6, SPM dan STPM. Walaupun cikgu tidak mengajar kelas peperiksaan ini, tapi cikgu nak ucapkan good luck kepada semua student SMK Lutong khasnya dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara.
Buat yang terbaik dan anggaplah nyawa kamu berada di atas kertas tersebut, setiap kesilapan membawa maut… hehe..
GANBATTE KUNDASAI!!
alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. berdebar ada, gembira ada.. macam2 la. kakak dia yang menyarung cincin untuk aku sebab mak dia terpaksa menjaga cucunya yang baru lahir (kakak ipar - ibu bayi tu meninggal dunia baru2 ni kerana melahirkan anak).
ramai juga adik beradik tunang aku datang.. dengan beberapa orang anak buahnya… ramainyaaaa! katanya, itu baru sedikit… anak buah dia yang dah kahwin tahun lepas dah selamat bersalin.. so, dia dah dapat title ‘datuk’… aku? ‘datin’ lah kot.. hahahahaa!!!
dalam perbincangan, nikahnya dalam setahun ni, tak kurang dari 6 bulan, tak lebih setahun.. cam tulah.. aku tak nak susahkan dia, banyak yang aku rancang, lain keputusan orang tua.. nak buat cam mana.. aku tak dapat nak membantah.
apa pun.. insyaallah.. majlis nanti, mak aku kata tak nak jemput ramai orang.. tapi, aku dah ‘tempah’ meja untuk kawan2 aku. (^_^) hehee.. tunggu jelah kad jemputan dari aku ek.. doakan perhubungan kami berkekalan.. amin.
jangan buat perangai cam aku ni..
songkok dia pun jadi mangsa gambar pelik aku.. (tetamu belum datang, berani lah aku beraksi macam ni)
hantaran dari pihak perempuan..
2 org kwn baik aku dtg untuk tolong.. thanks for the muffin, Jah!
bergambar dgn best friend aku.. Jah dan Maryam
sepupu aku yang sibuk cakap aku ‘budak berangan’.. hahaha
bergambar dengan sepupu belah mak.
ibu kesayangan aku.. thanks, mom..
kakak firdaus menyarungkan cincin..
bergambar dengan adik beradik dan anak buah firdaus..
kak Na, kakak firdaus yang selalu bersemangat menyokong kitorang berdua..
inilah student memerangkap bakal anak buah aku sekarang..
bergambar sebelum pulang. di tengah2 tu ayah firdaus.. Pak cik Yatim.
aku malas nak cerita banyak.. byk kerja ni. nah. tgk la pejalanan aku selama 5 hari di sabah. tak cukup! rasanya bercuti sebulan pun tak cukup untuk melawat semua tempat kat sabah. terlalu indah!!
oklah. aku leh send gambar je kat sini, dari hari pertama hingga hari last ikut turutan.
alamak.. dah limit la gambar2nya. lain kali aku upload lagi. ^_^ seronoookkk sangat sabah! lain kali aku nak dtg lagi, seminggu untuk gi 2-3 pulau termasuk labuan, seminggu lagi shopping. kali ni sempat shopping mutiara pun 1/2 hari. hari dah malam, terpaksa balik. esoknya pula pagi2 bertolak balik ke Miri.
lain kali, aku cerita pasal… ehem.. lepas cuti bulan 3 ni lah! hehehe
21 feb 2007… angah poksu (gelaran dalam famili - memandangkan dalam famili besar belah ayah aku ramai yang mempunyai nama panggilan yang sama) eksiden depan rumahnya. aku tak faham sangat cerita dari adik aku, tapi dia eksiden masa tu dia bawa motor, elak bas… cedera dalaman dia teruk.. dia eksiden mlm tu. aku dapat berita yang dia meninggal dunia esok paginya. rasanya, tahun ni umur dia 21 tahun.
sedih betul aku bila dapat berita ni. masa adik aku call bagi tau angah eksiden, aku terkejut, lebih-lebih lagi adik aku kata dia kritikal. doktor kata tulang belakang dia patah, limpa dia rosak, hati dan usus cedera. tapi masa tu, aku tak la menangis. esok paginya, adik aku msg yang angah dah meninggal, aku menangis.
kali terakhir kitorg bertemu adalah pada raya yang lalu. angah seorang yang tak banyak cakap, tapi ramah,ceria dan baik. cerita adik aku, sebelum dia meninggal tu, dia sering keluar rumah. hari masa dia eksiden pun masa tu dia baru balik dari makan dengan kawannya.
kakak dia yang belajar di sabah terpaksa minta sedekah untuk balik. dah la dia tgh dalam minggu exam.
Masa hari pengkebumian tu, nenek aku (dah tua sangat, hampir 100 umurnya) tak dapat dengar dgn jelas tentang angah meninggal. dia ingat ramai2 orang datang ke rumah poksu sebab ada kenduri. bila sampai je, dia nangis teruk. semua saudara mara aku datang masa tu kecuali aku, kak iza besar dan kak iza kecil (gelaran yang membezakan kedua-dua kak iza). kakak dia pun sampai lewat..
kitorang rapat dengan sepupu2 perempuan, angah salah sorang darinya. aku terasa kehilangannya dan terkilan sangat tak dapat balik ke semenanjung..
AL-FATIHAH untuk arwah angah.
Ingat lagi ‘pengembaraan’ aku dan kawan2 aku ke Gua Niah tempoh hari? Semasa pulang daripada Gua Niah tu, kitorang bercadang untuk mandi air terjun. Dengar daripada kawan2, kat Lambir ada banyak air terjun yang cantik2. So, kitorang terus ke sana. tapi malangnya, hari telah petang dan pegawai kat situ melarang kitorang masuk kerana perjalanan ke air terjun mengambil masa 1 jam lebih. akhirnya, kitorang berkhelah kat tepi lot parking dia je.
Semalam, 14 November 2006. Kitorang berenam sekali lagi bercadang untuk ke Lambir. Niat yang lama dipendam mesti dilaksanakan! Pukul 6.30 pagi Zila dan SitiHot dah siapkan makanan. Aku pulak, masih dengan kerja sekolah - menaip minit meeting, ingatkan nak hantar pada PK1 pagi tu jugak. Lembab jugakla kitorang bergerak pagi tu. Dah pukul 7.00 lebih, tapi ada diantara kitorang tak bersiap lagi - termasuk aku. Jam 8.00 bertolak keluar rumah, tapi Kak Noni nak uruskan kek sarawak yang dia beli untuk hantaran kahwin. Tapi urusan kek tu mengambil masa yang lama..
Kitorang bertolak dalam pukul 9.00 pagi menuju ke arah Esplanede sebab Kak Luv tunggu kitorang di SMK Agama. Tunggu punya tunggu, dia tak muncul2. Call, rupa2nya, dia dah salah bagi direction. SK Agama.. kena patah balik ikut jalan ke air port, Kak Luv minta kitorang semua bergerak terus ke Lambir.
Kitorang bertolak ke sana dalam pukul 10.00 pagi. Sampai kat sana pukul 11.00 pagi. tapi Kak Luv belum sampai dan tak sampai2 sehingga jam menunjukkan hampir kul 12.00 Kak Luv datang dengan kawan dia, Kak Nora. Kawan2 aku minta aku pergi pondok pendaftaran, tapi tak ada orang. tiba-tiba, aku nampak sebuah keluarga terus masuk ke pintu denai utama. aku rasa pelik juga - sebab kat papan kenyataan tu, pelawat kena ambil tiket dulu. So, kitorang ni orang baru kan, kitorang ikut saja orang yang dah biasa kat sini.
Tapi, bila dah jalan hampir 35 minit, kitorang dihalau keluar oleh pegawai yang kebetulan membuat rondaan didalam tu. Tak guna! kalau tempat tu tempat larangan (kerana pengubahsuaian), kenapa tak kunci pintu denai utama tu? letakla tanda yang jelas sikit. Bengang betul kitorang kena patah balik. badan dah la berpeluh sangat ni, penat pun ada. kecewa betul. Pegawai tu minta kitorang lapor diri di main office (yg aku pun tak perasan itu main office) dan kat situ, akan diberitahu tempat yang boleh kiorang masuk.
Keluar dari situ, kitorang dah tak de mood lagi nak berjalan. tapi bukan senang kitrorang nak bercuti macam ni, bila dah sampai lebih baik tunaikan niat tu walaupun banyak halangan. Kiey cakap, kalau kita dah pergi sekali ke tempat tu, tapi kena patah balik, lebih baik jangan pergi. Mesti ada benda yang tak baik akan berlaku. Aku setuju juga, sebab dari pagi tadi, ada saja halangan yang nak lambat2kan pergerakan kitorang.
Bekalan makanan yang kitorang bawa kitorang makan. entah cam mana, semangat nak mandi air terjun tu masih ada dikalangan kitorang ni. akhirnya, buat keputusan untuk cari air terjun. selepas solat, kitorang pergi ke main office untuk lapor diri. dikenakan bayaran RM10 seorang dan RM40 jika dalam kumpulan 5 orang. kumpulan kitorang ni ada 7 orang, so kena bayar RM60. berbaloi atau tak bayaran ni, aku tak tahu masa tu. harap ada kemudahan untuk kitorang ke air terjun Pantu, yang paling dekat sekali. pegawai tu kata perjalanan lebih kurang 40 minit (tipu!).
kitorang start jalan mengikut arahan dalam peta yang diberi. GILA! perjalanan ke sana terus menerus naik ke puncak, tanpa henti. penat GILER! naik. naik. dan terus naik. Kak Luv dah macam nak pitam (haha). apa ni, cikgu sains sukan dah kalah dengan cikgu sejarah, cikgu IT, cikgu BM, cikgu Seni, cikgu geografi? aku berjalan di depan sekali. tapi sekali sekala kena patah balik tgk kak Luv dan kak Nora.
dah jalan lama dah, tapi kitorang masih tak lagi mendengar sebarang bunyi air. so, kitorang teruskan berjalan lagi. agaknya, dah dekat 1.2 km berjalan, kitorang semua rasa pelik sangat. dah la tak ada anak panah, sebarang papan tanda meter/kilometer pun tak ada. kitorang ingat dah sesat.. dah give up dah. tapi ternampak mat dan minah saleh ni turun dari atas. aku baru nak speaking london, mat saleh tu tanya aku "nak pergi water fall ke?" hehhe.. dia kata lagi 10 minit akan sampai.. WAH! kitorang bagaikan dapat semangat baru. terus bergerak.
dah dekat 30 minit jalan, masih tak nampak2 lagi. hampeh punya mat saleh, langkah dia 10 minit, langkah melayu 30 minit.. masa tu tak terfikir pun, kalau turun bukit lebih laju dari naik bukit. aku ingat kitorang ni dah betul2 sesat dah ni. kitorang ingat kitorang dah naik terus ke bukit pangtu. Kitorang ambil keputusan untuk patah balik saje sebab jam dah menunjukkan pukul 3. Tapi, tiba-tiba, kak Luv yang macam nak pitam tadi terus naik ke atas tanpa henti. entah kenapa, kitorang biarkan saja – dan kitorang masih berbincang untuk patah balik. tiba2 kak nora tanya mana nak Kak Luv.
nak tak nak, kitorang kena naik atas cari kak luv. rupa-rupanya dia dah sampai ke pondok rehat yang berada di persimpangan ke pangtu waterfall dengan bukit pangtu. pondok tu menunjukkan kitorang kena jalan lagi 340 meter lagi untuk sampai ke waterfall tu. tapi perjalanan ke sana curam ke bawah! aduh.. dapat fikirkan betapa susahnya kitorang nak naik nanti.
akhirnya, kitorang sampai ke waterfall Pangtu tu…….. yang kitorang nampak, HANYA ADA SATU KOLAM DENGAN WATER YANG FALL DARI ATAS……. sekelilingnya tebing tinggi dan hutan (macam satu jalan mati kat situ).
hanya ada 2 couple cina di situ berpiknik. tanpa mempedulikan diorang, kitorang cari port kitorang. berendam, main air.. rasa hilang segala penat lelah tu.
SitiHot pergi ke bawah air terjun tu. dia basahkan badan kat situ. Kiey ikut dan kemudian Kak Luv pun ikut sama. dia ajak aku dan Kak Nora sama dengan dia. tapi, dasar kolam tu dalam dan aku terpijak lumut yang aku benci, aku tak nak teruskan. aku cuma main air dan mengapungkan diri saja kat tepi.
jam dah menunjukkan pukul 4.15 petang. kitorang kena balik. semua dah kembali ke tebing kecuali kak luv dan kak Nora. 2 couple tadi ambil tempat dibawah air terjun tu pulak. aku masih mengapungkan diri, saja tak nak naik lagi - tunggu kak Luv dan kak Nora.
TIBA2, Zila panggil kak Nora dan Kak Luv dengan suara cemas. diorang terkapai2 kat tengah2 kolam tu. SitiHot terus berlari ditebing untuk cuba menarik diorang dari tepi. aku nak cuba tarik diorang, tapi kaki aku dah tak sampai dasar. walaupun aku pandai mengapung diri, tapi aku tak pandai berenang lagi. aku dapat menjerit minta tolong pada lelaki cina yang berada di bawah air terjun tadi. mereka nampak keget sekejap, tapi salah sorangnya terus selamatkan kak Nora dan Kak Luv yang masa tu dah tenggelam.
ALHAMDULILLAH, kak luv dan kak Nora dah diselamatkan. bila tersedar, kak nora terdiam sebentar macam terkejut terus dia peluk kak Luv menangis. YA ALLAH, bersyukur sangat. Kak luv terkejut juga, tapi dia dapat steady lagi.
Kitorang ucapkan terima kasih banyak-banyak pada 2 orang lelaki tadi - yang bekerja sebagai penarik kereta. (sempat pulak diorang bagi kad nama - tapi kad nama tu dah lunyai sebab letak dalam poket yang basah). kitorang terus balik. perjalanan balik tu mudah sebab turun bukit. kitorang ambil masa 50 minit untuk sampai ke bawah, cuma kak nora sakit lutut dan terpaksa kitorang papah bergilir-gilir.
kitorang sampai di bawah dalam jam 5 lebih Sampai saja di bawah, aku nak ke main office untuk melapor keluar. dalam masa yang sama, aku nak komen tentang kemudahan ke tempat air terjun tu dan tak berbaloi kitorang bayar RM60 sebab tak ada sebarang kemudahan untuk kitorang sepanjang mendaki tadi. TAPI, apabila aku sampai saja kat muka pintu, main office tu TUTUP! teruk betul diorang ni! tak bertanggungjawab! masa awal tu, diorang sendiri kata kena check in dan check out. tapi, kitorang tak check out lagi, kenapa dah tutup? cuba kalau kitorang sesat ke.. hilang ke… tak bertanggungjawab betul!
KITORANG BALIK DENGAN TAK DE LANGSUNG PERASAAN SERONOK HARI TU. TOBAT, TAK NAK PERGI LAMBIR LAGI!!
p/s: sebab tu tak ada gambar untuk kali ini
betul ke ni? aku dah ready ke? dalam nak, ada tak nak. bila nak, nak cepat, tapi lebih baik lambat… APE BENDE AKU MEREPEK NI?
AKU BETUL2 GELISAH SANGAT… betul ke tidak aku ni? adakah aku membuat pilihan yang betul? perlukah aku mengikut pandangan orang lain atau ambil sikap ‘peduli apa orang lain?!’
sesekali, aku fikir yang aku dah buat pilihan yang betul… sesekali, aku fikir yang aku buat untuk tidak menyakiti hati orang lain… sesekali pulak aku fikir yang aku ni belum bersedia.. entah hape dalam otak aku sekarang ni.
aku ada jugak fikir yang aku ni lebih banyak menjaga hati orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri.. ‘dia’ selalu kata yang aku amat penting dalam hidup ‘dia’, tapi rasanya, aku tak melakukan apa2 pun untuk menjadi penting pada ‘dia’. bila dia cakap cam tu, aku terfikir balik - perlu ke aku cakap balik yang dia juga amat penting bagi aku? aku tak pernah rasakan apa yang dia rasa. sebab tu aku keliru sekarang ni..
bagaimana nak jadikan seseorang itu cukup penting dalam hidup kita?
Apa yang perlu aku lakukan?
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita
Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur