meeting anugerah kokurikulum…

Posted on 10 October, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

Hari ni lewat sikit sahur.. entah dari semalam, lepas berbuka dan solat maghrib, terus tertido. sempat jugak la online - download [one piece movie 7, bokura ga ita 13 & 14, death note 1, dan manga one piece chapter 424, 427 and 428].. tapi sambil tunggu suma2 tu download dengan kelajuan yang menyayat hati, aku tertidur. sampai kul 3 pagi, baru terjaga! alamak.. tertinggal solat isyak! kelamkabut aku gi qada’… lepas tu.. sambung tido.. tak mampulah nak terus tunggu azan dengan membaca al-quran dan solat2 sunat… tak taulah, dah tido berapa lama, still rasa ngantuk.

jam loceng berbunyi kul 4. aku snooze dia.. tapi entah bila dia berbunyi balik, aku tak sedar. tetiba terbangun sendiri sebab teringat yang aku kena sahur. aku jenis yang tak leh kalau tak sahur.. perut tak tahan. tapi pagi ni aku minum air saja sampai imsak kul 4.46 pagi.. tak sempat dah time aku bangun tu.

ni semua pasal meeting semalam- dari pukul 2.30 sampai kul 5.20 ptg! kalau boleh, si pkkk tu nak sampai 5.30.. oi.. orang dah balik dah time tu! tak fikir ke orang nak berbuka? marah betul kawan aku kat sebelah.

pengetua aku ni pun satu.. nak sahkan minit meeting pun lama.. itu perkara yang dibincangkan meeting yang lepas.. janganlah terus tanya perkembangan.. satu2 la.. dah sahkan meeting yang lepas, barulah laporan.. ini tak.. tunggang langgang jadinya.. lepas tu terus keluar kata kitorang tak bersedia. (aku bersemangat nak bentang.. tapi turn aku tak sampai, dia dah merajuk keluar).

tgk muka si pkkk dah merundum dah.. merah dah mata.. aduh.. sensitifnya lelaki ni.. dia ni kurang cekap buat kerja.. semua benda yang di lapor pada dia, dia dengar, angguk, ok. lepas tu bila pengetua tanya, dia dah gabra. buku program yang aku buat tu tak guna tanya dia.. ada error pun dia kata ok. padahal,  banyak lagi maklumat yang aku tak masukkan lagi. saja.. kerja dengan orang yang main2.. aku pun main2 lah.

kawan aku pulak, bersemangat dia buat teks emcee, lepas tu dia tanya siapa yang akan bagi anugerah2 tu nanti, boleh si pkkk tu kata perkara tu tak penting.. tu tak perlu dibincangkan sekarang ni. mana tak tension kawan aku ni. terus kitorang main2 kat belakang sampai pukul 5.20.. kalau nak ikutkan, kalau bahagian kitorang ni tak dilayan, tak guna kitorang terus berada kat dalam meeting tu.

lepas tu, bila maklumat masih tak sempurna, dia nak sambung sampai 5.30… dia kata berkorban masa sikit.. ini bukan masalah korban masa.. kitorang nak berbuka tak lama lagi…

dah la.. nak gi meeting lagi ni

Hari permuafakatan ibu bapa

Posted on 6 September, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

masa aku sekolah menengah dulu, aku ni takla pandai sangat, tak popular, tak aktif sukan, tak aktif koko, tapi rajin jugak la aku masuk pertandingan2 macam nasyid (f1,f4,f5)), story telling (f1,f2), bahas (testing2)(f2), podato (pun testing gak)(f2), sajak kemerdekaan (f2), pantun (f2,f4,f5), bola tampar (f2-f3), teakwondo (f2,f3), melukis (f3,f4), esei (f4), kuiz sains (f4,f5) dan byk lagilah… huh.. (banyak jugak), tapi sekolah aku dulu tu kedekut sijil! hampeh sehampeh2nya..

Ada jugak sekolah aku tu dulu buat sistem merit demerit.. tapi markah aku dari awal tahun sampai aku blah dari sekolah tu tak pernah bertambah, tak pernah berkurang - padahal, banyak jugakla aku masuk pertandingan, sampai peringkat daerah pun, tak pernah bertambah merit tu, apatah lagi sijil..

Pernah jugak sekali aku ‘merambo’ keluar asrama dan kena tangkap, tak jugak merit aku dipotong.. kenakalan aku masa sekolah tu tak de orang perasan… banyak kali jugak aku keluar rambo, tapi tu la kali pertama kena tangkap. tapi, tak serik pun.. bawa komik, bawa radio, ponteng prep, lambat ke sekolah, tak balik bilik (waktu mlm-lepak kat bilik basuh), pura2 sakit.. tapi tak pernah la buat kerja2 bodo merosakkan diri atau akibatnya yang akan menyusahkan diri.

Kalau fikir2 dan kenang2 aku masa sekolah dulu, aku dikategorikan sebagai budak baik jugaklah… heh! Aku ni budak biasa je. tapi kadang2 suka buat macam2. aku tak berani dengan cikgu2, kecuali dah f4 dan f5, barulah aku belajar merapatkan diri dengan cikgu2.

oh ya.. teringat seorang ustaz masa aku tingkatan 3.. dia ajar bahasa arab - aku suka subjek ni, tapi aku ni lemah dalam bahasa. tak kira apa bahasa pun. aku dan kawan aku suka buat ustaz ni pening kepala, aku suka ponteng kelas dia-sampai dia kata aku ni ‘demam’ sbb sengaja jawab paper dia main2, sengaja gagalkan b. arab dalam PMR. padan muka, sampai sekarang aku betul2 lupa apa yang dah aku belajar. tapi masa sekolah rendah, b. arab la yang menaikkan SPRA aku.

Ada sebabnya aku buat macam tu… masa tingkatan 2, aku mengadu tak nak tinggal asrama, tapi mak aku suruh aku teruskan sehingga tamat tingkatan 3. aku protes betul dan kebetulan sekolah tu pentingkan b.Arab, so, aku gunakan cara menggagalkan b. arab untuk keluar dari sekolah. padan muka aku jugak kemudiannya… heh!

Nabib baik, dalam banyak2 hal yang aku buat tu, cikgu aku tak komen teruk pasal aku depan mak ayah aku.

Berbalik kepada tajuk kita… (panjang betul aku punya pengenalan) sabtu lepas, adalah hari permuafakatan ibu bapa. aku bantu kawan aku untuk kelas dia. aku tolong dia terangkan kat ibu bapa sorang2 ‘cara2 yang boleh membantu anak2 dirumah’. sambil2 tu aku mendengar masalah dan komen ibu bapa. Memang awalnya, aku rasa kekok sebab aku ni dah la tak kawin lagi, apatah lagi ada anak- rasanya tak layak aku untuk mengajar ibu bapa.

Tapi, setelah 2-3 sesi, aku dah mula biasakan diri dan tak mengikut sangat ’skrip’. Ada ibu bapa yang aku nampak cara mereka yang betul2 ambil peduli dengan pencapaian anaknya. ada jugak yang tak peduli. ada seorang ibu ni sampai menangis2 sebab dia dah tak ada ikhtiar dah macam mana nak anaknya berubah dan berjaya. aku pun sebak gak. anaknya kat sebelah pulak cam tak de respon. dek.. aje.

Penat jugakla melayan hampir 26 orang pagi tu. macam2 janis ibu bapa ada. ada yang suka bercakap - aku seronok melayan dan mendengar masalah diorang. ada jugak yang diam seribu bahasa, habis aku ckap, terus blah. ada jugak yang tak paham bahasa melayu, anaknya jadi translator pulak… susah sikit aku.. hahaha! ada juga ibu bapa yang minta pendapat aku itu, ini….  mmg jadi kaunselor tak berbayar aku hari tu.. apa pun, aku puas hati dan rasa dihargai bila baca balik komen2 yang ditinggalkan ibu bapa sebelum mereka balik. ini salah satu kepuasan dalam kerja aku.

huah… dah nak kul 12 tgh mlm rupanya! aku gi tido dulu.. oyasumi! ^_^

Kepada Student2 ku…

Posted on 4 September, 2006 by aquilasha.
Categories: Weblogs.

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa Khabar pelajar2 cikgu sekalian? Sihat? Dah makan? Gosok gigi? Dah siapkan kerja yang cikgu bagi semalam? Puas hati baca jurnal cikgu? Harap kamu membacanya hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang, bukan untuk menjadikannya bahan mengusik cikgu atau bahan untuk disebarkan kepada umum, apatah lagi jadikannya sebagai rujukan karangan.

Semua itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan kamu semua, melainkan cikgu sendiri. Oleh yang demikian, nama-nama di dalam jurnal bukanlah nama sebenar, melainkan nama timang-timangan sahaja. So… percayalah!

Janganlah kamu nak mengusik cikgu walaupun kamu sendiri tidak tahu apa yang kamu baca! Nasihat ini ditujukan khas untuk pelajar tingkatan 2 Amanah.. Oh, ya! cikgu Siti beritahu cikgu yang awak semua kata saya ni kelakar.. Cuba cerita sedikit, part mana yang saya ni lucu dipandangan mata kamu?

Teringat pula kamu semua cuba cover saya atas kenakalan kamu sendiri sehinggakan ‘mengumpan’ PK1 ke kelas. Bijak, tapi bukan saya yang ajar ya… hohoho… ‘buat kuiz ya’…?

Kepada pelajar saya tingkatan 1 Jujur, terus terang, cikgu memang suka masuk ke kelas kamu, sebab kamu ni happening dan ceria… cuma kamu ni terlalu ‘happening’. Tapi…. kamu sepatutnya menjadi idola di sekolah ini kerana keistimewaan kamu. buktikan kepada cikgu..

Terima kasih juga kerana membuat suprise semasa harijadi saya. walaupun saya marah2, kamu tetap juga buat parti haram dalam kelas pada hari tersebut. Cikgu amat menghargainya. Kamu memang tak tau takut!

Akhir kata, terima kasih kerana masuk ke blog cikgu, terutamanya pelajar-pelajar yang pernah cikgu ajar sebelum ni (sewaktu jadi guru ganti dan praktikal), SMK Sri Istana, SK Convent Klang, SK Kg. Jawa Klang, dan SMK Tunku Abdul Rahman. Rajin2 belajar!

*****************************************************************************

Penatla wei… skema betul!!! hahahaha!

Ekspidisi ke GUA NIAH

Posted on 27 August, 2006 by aquilasha.
Categories: Travel.

Pada 25 Ogos lepas, aku dan 6 orang kawan pegi Batu Niah. Perjalanan ke sana dari Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam (tak termasuk tersesat dekat 7 km..). Jalan ke sana tak susah. kalau ada kawan nak gi, aku boleh bawa. kitorang memandu sendiri ke sana dibantu oleh senior kitorang - Kak Luvrina. senang kata, dia jadi ketua kumpulan kitorang yang semuanya perempuan. Ini ekspidisi ke gua aku yang pertama.

Sampai di sana, kitorang melapor diri dahulu dan membayar tiket masuk RM10 seorang. kalau kitorang nak ambil pemandu pelancong, kitorang kena bayar RM80. walaupun ini kali pertama kitorang datang ke sini, disebabkan sayangkan RM80 tu, kitorang pun ambil keputusan untuk redah sendiri. lagi pun orang tu kata, tak mudah sesat sbb ada laluannya.. kitorang start jalan pukul 9.00 pagi.

Gua Niah di Sarawak adalah sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah dan ia juga antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Mmg sangat luas! macam boleh sumbat berpuluh2 kapal terbang… buat rumah ke… buat taman perumahan pun boleh.. hahahaha.

perkara yang menarik kat gua tu, kitorang melihat sendiri cara sarang burung di kutip. bayangkan… jarak antara lantai dan siling gua tu dekat 60 meter! dengan hanya sebatang buluh yang disambung2, sahaja untuk memanjat ke atas… tak gayat ker?! kitorang terserempak dengan pelatih PLKN dari Sibu. so, kitorang setuju untuk mengikut mereka sekiranya sesat.

Bila masuk lagi ke dalam, kena pakai lampu suluh..mmg sgt gelap. disebabkan aku ni penakut gelap, aku diam saja sepanjang perjalanan sambil pegang tangan kawan aku kuat2.. haha… sian dia. dalam gua yang gelap tu, boleh dengar bunyi air menitik, bunyi kelawar.. bila dah dok dalam tu, kitorang guna lampu suluh untuk melihat struktur gua dan melihat betapa luasnya gua tu.. terasa sangat diri ini kerdil di sisi-Nya. Betapa agungnya ciptaan Allah sehingga kitorang tergamam terlampau kagum. terasa sebaknya.

sebaik sahaja keluar dari gua yang gelap tu, kitorang meneruskan perjalanan ke painting cave. time ni dah penat dah. kalau jalan dia lurus je tak apa, tapi perjalanan ni naik turun tangga.. penat! bila dah sampai painting cave, kitorang terpaksa patah balik sbb tiada jalan lain lagi. perasaan time ni dah sedikit kecewa. so, rasa penat mula menguasai diri. jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. bermakna kitorang dah jalan 3 jam lebih. nak tak nak, kena balik cepat sbb zohor dah masuk.

perlahan2, kitorang melangkah pulang. tapi kali ini banyak berehat sbb dah penat. sampai saja mana2 point, kitorang rehat. tapak kaki aku dah sengal2 dah. akhirnya, berjaya keluar daripada gua. mood nak bergambar pun dah tak de. hahaha.. jam 2 ptg, kitorang baru melapor diri keluar. berjaya juga aku menamatkan ekspidisi yang memenatkan ini, tapi seronok.. ada masa, jom sekali lagi! ^_^ tapi tempat lain lah.. rancangan kitorang akan datang ialah mendaki gunung kinabalu pula… huhuhuhu…

S4020357

S4020284 S4020285S4020300 S4020302 S4020306

S4020354 S4020307 S4020309 S4020311 S4020316 S4020320 S4020321 S4020325 S4020330_1 S4020334 S4020335 S4020342 S4020347S4020355

saya terdiam sebentar.. terdiam.

Posted on 2 August, 2006 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

tgk sajalah gambar yang di attach bersama2 blog ni… sekarang ni fikiran aku bercelaru lagi ni… tak tau nak taip apa untuk jurnal hari ni.. aku mmg suka perhatian orang lain. aku hargai setiap perhatian orang pada aku, walaupun hanya menyapa aku bila bersisih dengan senyuman.. sebab aku suka buat cam tu dgn setiap orang yang aku kenal, jadi aku suka jika orang melakukan perkara yang sama pada aku.

  Dsc02030Dsc02441Dsc02797Dsc00095_6 Dsc02984 Dsc00109b

Imag0115 Dsc02986 Dsc02987 Dsc02988

lain kali aku masukkan gambar2 sekolah aku pulak ^_^

bacathon / readerthon SMK Lutong (24 jam!)

Posted on 29 July, 2006 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

Pagi ni aku baru balik dari program membaca 24 jam yang disertai oleh 400 pelajar-pelajar SMK Lutong. Program ni dijalankan semperna bulan membaca. Aku kena shif malam (11.30 hingga 7.30 pagi).

Gila sikit la.. sebab pagi sabtu tu, aku ada meeting kurikulum dari pukul 8.oo pagi hingga 5.15 petang!!! ini kerja gila… kan? aku nak tanya korang semua lah. pernah korang meeting lama gila macam tu? mmg la ada berhenti makan, tapi jumlah stop rehat cuma 1.30 jam. dah la kata-kata aluan pengetua 1 jam, nak sahkan minit meeting yang lepas ambil masa 3 jam… entah hape2 ntah.

balik dari meeting, aku gi bank in duit untuk adik aku. lepas tu terus balik, mandi, solat dan tido. pukul 11, kawan aku kejutkan untuk gi sekolah. macam2 aku bawa untuk bekalan masa jaga budak2 membaca.

Setiap orang pelajar bawa 5 buah buku. pelajar saling tukar buku2 yang dibaca dan menulis sinopsis apa yang dibaca. mmg ada budak yang hanya tulis sinopsis di belakang buku.. tak pelah.. baca jugak tu. hehe.

rekod bilik yang aku jaga 257 buah buku (aku rasa budak ni cuma salin sinopsis). paling sedikit 23 buah buku. (baca betul2 ni, tapi mengeja agaknya).

satu malam tu aku tak tido. ingatkan aku akan bosan jaga budak2 membaca, tapi sibuk sangat. seronok juga ada orang teman msg sampai pukul 5.. boleh hilang rasa bosan. budak2 pun macam2 perangai bila dah berjaga malam ni. aku seronok ganggu diorang tido. aku bagi juga diorang tido sejam dua, tapi lepas tu, aku pasang jam loceng. hahahahhaa!

dah.. dah.. aku dah ngantuk ni. hehehe… bye.

Dsc00066_resize pagi2 diorang ok lagi.

Dsc00072_resize tekun membaca

Dsc00076_resize Readerthon atau ‘copython’ (menyalin sinopsis)

Dsc00081_resize jam 3.00 pagi..

Dsc00086_resize tidothon…

Dsc00084_resize candid (ntah kenapa dia letak teddy bear tu kat kepala…?)

Dsc00087_resize cikgu pun join tidothon..

Dsc00094_resize dah dekat pagi, cikgu2 merekod bacaan pelajar (aku bertudung biru)

Dsc00104_resize wajah2 tak mandi sehari suntuk.. fuh bau…

Dsc00108_resize berjaya menghabiskan readerthon selama 24 jam (termasuk tidothon, makanthon, copython… )

Posted on 13 July, 2006 by aquilasha.
Categories: Uncategorized.

Aquila happy birthday to me….eeeeee!

dalam sibuk2 ni, aku sempat ingat birthday aku dengan bantuan remainder handset. aku mmg sibuk GILA. aku tak mampu lagi kerja macam ni. aku tak tau bila bahagian pengurusan terutamanya pengetua dan pk1 aku tu nak berambus. bagi kerja macam kita ni mesin… terutamanya pk1 aku. suka sangat bagi kerja melampau2 kat aku.. agaknya dia ni dah jatuh cinta kat aku agaknya p.

apa yang buat aku kata dia melampau?
1. dia bagi aku jadual waktu bangang. hari rabu aku dari waktu pertama (perhimpunan), sampai waktu ke 7 aku ada kelas! waktu rehat aku hanya 15 minit (waktu rehat student) mana sempat nak berehat? jln dari kelas ke bilik guru pun ambil masa 5 minit.. pernah satu ketika, aku dapat sit in (guru ganti bagi kelas yang tiada guru) time rehat tu! tak ke bangang?

2. Dia bagi kerja kat aku (buat e-backdrop) 3 bulan yang lalu, dan benda tu perlu selasa lepas. kerja yang boleh siap 1 jam. lepas tu hari2 dia tanya dah siap ke belum. mmg la aku tak buat lagi… maklumat yang dia bagi pun tak lengkap lagi. bila aku dah siapkan, dia suruh aku pergi ke tempat utk pasang e-backdrop tu. masalahnya, kalau hari2 aku sibuk sampai ke petang, mana sempat nak pergi. disebabkan ’sayang’, aku curi masa sikit utk pergi try, padahal, aku boleh try time raptai khamis lepas. tapi dia nak aku try sebelum raptai. tapi kali pertama, laptop x leh pasang. kena try laptop lain pulak.

3. rabu lepas, selepas waktu sekolah (12.40), ada taklimat guru (time pihak pengurusan menghentam cikgu). biasanya akan tamat dalam pukul 2. sebelum keluar dari taklimat (pkl 2), pk1 tu tanya bila aku nak pergi lagi utk try e-backdrop tu. aku naik angin sikit bila menjawab sebab aku mmg penat sgt, x makan lagi, tak solat lagi, dah tanya bukan2 dengan aku. pukul 2 pula, aku kena gi kelas bimbingan (aku tak kisah apa2 yang melibatkan pelajar). tamat pukul 3.15. lepas tu, ada meeting readerton.. sampai pukul 4. bila aku masuk pejabat, malangnya, terjumpa dia. dia tanya lagi soalan yang sama.. ARGH!!!!! aku gila dibuatnya! aku bagi tau dia dari pagi sampai waktu tu aku tak rehat lagi. dia kata.. kena pergi sebelum pukul 5. ARGHHHH!!!! gila perempuan ni!!!

INI BUKAN IMPIAN AKU. AKU SUKA JADI CIKGU, TAPI BUKAN KERJA YANG MENGUNTUNGKAN PIHAK PENGURUSAN. DIORANG BAGI TARGET UNTUK KELAS YANG AKU AJAR (A UNTUK SETIAP MATA PELAJARAN), TAPI, KALAU SETIAP KALI PUN AKU KEHULUR -KEHILIR BUAT KERJA UNTUK PENGURUSAN, MANA NAK SKOR A?! LEPAS TU, AKU TAK DAPAT NAIKKAN MARKAH MEREKA, MARAH AKU PULAK (MEETING SUBJEK YANG LALU). MALAS AKU NAK CAKAP. BUAT MUKA BODO JE. MENGADU KERJA BANYAK, TAK DITERIMA ALASAN TU.

================================================

tajuk aku ‘got suprised’ kan? silap tulis la atas tu… kah kah kah..
birthday aku 11 july yang lepas, aku dapat suprise yang baik dan buruk.

baik - student aku buat suprise party (party haram) untuk aku bila masuk kelas. aku betul2 tak sangka diorang buat cam tu sekali.. sebab aku marah2 diorang sehari sebelum tu sebab diorang tak buat kerja aku dan main2 dalam kelas. tapi… diorang tak boleh buat cam tu sebab tak leh buat party tanpa kebenaran.. tapi takkan aku nak suruh diorang simpan kek dan makanan2 ringan yang diorang penat2 sediakan? nasib baik pengetua tak ada hari tu.

buruk - dapat panggilan dari housemate kawan (aku tak kenal). aku bagi nama kawan aku tu ‘kak M’. kawan dia ‘kak N’. kak N call aku supaya tidak melayan call dari kak M. sebenarnya, aku sendiri malas nak layan calling kak M, sebab dia suka buang masa kalau cakap ngan aku. (as’kum, hai.. buat apa tu? - em.. tak de apa2 lah.. bye) sakit hati tak? time aku sibuk2 tu je yang dia nak kata? kak N tanya adakah layanan kak M tu pelik? aku kata ‘YA’. kak N bagi tau kat aku yang kak M tu setiap malam menangis sebab rindu pada aku… sedih kalau aku tak bagi tau ke mana aku pergi… tak layan mesej dia… tak jawab call dia… SEOLAH-OLAH aku ni kekasih dia. terkejut jugak la aku… kak N suruh aku jangan layan dia lagi. kalau tak, makin parah.

hampeh. aku mmg tertekan. sampai ada masa aku teringin sangat nak terjun tingkat 2, biar patah tangan, kaki sikit, lepas tu duduk hospital lama2, daripada terus berada di sekolah yang menyakitkan kepala tu…

Selamat hari Ibu.. sayangilah keluarga anda

Posted on 10 May, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

Mood: Busy

Listening to: Kokoro no Chizu by BOYSTYLE

Watched: FlCl

Reading: Pengajian Am kertas 1 dan 2…. arghhh!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU UNTUK IBUKU DAN IBU2 DI SELURUH MALAYSIA.. HEHEHE I LOVE YOU, MOMMY!! ^_^

SELAMAT HARI GURU UNTUK IBU BAPA AKU DAN GURU2 DI SELURUH MALAYSIA.. DAN AKU SENDIRI…

—————————————————————–

Kawan sekerja aku pulang ke semenanjung sabtu minggu sebelum ini kerana ayahnya sakit tenat dan kritikal.. meninggal dunia pada jumaat lepas.. dan baru ni saja, kawan sekerja aku yang lain pula menerima berita tentang ayahnya meninggal dunia… biasanya orang kata anak perempuan lebih rapat dengan ayah.. tapi berlainan dengan aku. aku lebih senang dengan mak. dan, dengar berita macam ni, membuatkan aku fikir banyak tentang ayah aku…

ingat kembali apa yang dah ayah lakukan, aku terasa sangattt terharu dan barulah aku nampak bahawa ayah aku adalah LELAKI YANG PALING BAIK DI DUNIA! walaupun aku selalu tak sependapat dengan dia, kadang2, apa yang dilakukannya untuk kebaikan aku juga.

ayah aku seorang yang agak baran, keras kepala, degil, ego… tapi seorang yang AMAT SENSITIF! Dia bersikap sebegitu kerana dia seorang yang cepat terluka.. jadi, dia tak mahu kami sekeluarga mempertikaikan dia sebagai ketua keluarga..

pernah juga aku berselisih pendapat dengan ayah aku tentang suatu perkara, dia marah gila dengan aku (sebab dia percaya apa yang dia kata betul), tapi jelas sangat kat muka dia yang dia terasa dengan tindakan aku.. nada suara dia tinggi, tapi bergetar… MASA TU, AKU RASA BERSALAH GILA.. Aku tak sanggup tengok wajah ayah masa tu. suara aku pun kelu… aku dah tak berani bercakap lagi.. hati aku tersentuh tiba2.

Sejak tu, aku mengiakan saja apa yang ayah kata walaupun bercanggah dengan pendapat aku. Aku tak mahu ayah terluka lagi… bayangkan betapa susahnya mak dan aku memujuk ayah.. dah la aku ni MEMANG tak pandai memujuk. kalau ada ujian memujuk, aku boleh dapat F. Bila aku pujuk, dia kata "tak.. ayah patut minta maaf.. ayah tau, ayah yang salah.." AKU MENANGIS time tu jugak. aku tahu ayah kecil hati dengan aku..

namun begitu, terdapat perubahan pada ayah.. ayah mula bersikap mesra dan cuba untuk memahami aku. selalunya kalau ayah bercakap dengan aku, cuma kata-kata arahan, nasihat, dan ceramah agamanya.. tapi kini ayah dah mula nak mengajak aku berbual kosong. aku gembira dengan perubahan ini.

Tapi, walaupun ayah dah maafkan aku, aku masih tak rapat dengan ayah.. sampai time ni pun, aku tak pernah call ayah untuk tanya khabar dan bersembang kosong.. selalunya aku akan call mak untuk bertanya khabar famili… tapi, ayah selalu bertanya tentang aku kat sini melalui mak.

teringat kata-kata kawan aku - sayangilah mereka (parents), tunjukkan kita sayang pada mereka selagi mereka masih hidup… semasa menulis ni, aku tak tahu kenapa tiba-tiba menangis… aku patut call ayah aku esok…

i need extra 10 hours a day!

Posted on 22 February, 2006 by aquilasha.
Categories: myself.

I REAALLLYYYYY NEEEEDDD 34 HOURS A DAY!!! 10 hours for me to rest and sleep.. kalau lah boleh macam tu… alangkah indahnya…

everyday, i have to wake up at 5.00 am (sometimes 5.30) - mandi, solat, basuh baju.

going to school at 6.20 am. working from 7.00 am to 12.40 pm / 1.50 pm / 2.15 pm (if there is extra class and meeting)! then, EVERYDAY, i have to go to school for the clubs or games at 2.50 or 3.00 pm and end at 5.00 pm and always 5.30 pm.

Back from school, i only have time for bathing, praying, dinner. then, continue working at home - check the students booksss, make lesson plan for tomorrow, and… anything about school until 2.00 am!!!!
(hari ni buat bodo ngan kerja aku)

i hate working like this… i hate this school… tapi aku suka bile tiba hari gaji dan cuti sekolah panjang. tu je motivasi aku untuk terus berada di sini.

dah! dah! cakap malayu! hahaha. Aku kena praktis english sebab aku mengajar maths in english dan ada sorang pengajar american (madam Carrie) ambil satu masa aku mengajar maths dan aku kena berbincang dengan dia tentang subjek maths ini setiap kali tamat kelas! hahahahahha.. aku tak tau lah apa pandangan dia bila dengan english aku yang tunggang langgang tu.

Pagi tadi kawan aku (guru sekolah aku ni jugak), pitam sebelum ke sekolah. dia sempat memandu ke rumah kitorang dan minta tolong kawan rumah aku (yang mengajar petang) untuk hantar dia ke klinik. doktor kata dia ada tekanan. MEMANG betul. kerja kat sekolah ini memang tertekan!

tapi cikgu2 lain kata aku ni cikgu ceria, cikgu rajin, cikgu yang bergerak laju. memanglah.. kalau aku tunjuk muka tak ceria aku, aku akan lagi tension, dan aku tak suka orang marah kalau kerja aku tak siap, dan kalau aku tak bergerak laju, masa aku akan banyak terbuang.

cakap pasal kerja, aku panas dengan sorang kawan aku yang lepas tangan bila tiba masa dia diberi tugas. tak pasal2 aku kena marah sebab aku partner ngan dia, tetapi hari tu aku kena jadi fesi untuk orentasi pelajar baru.
boleh dia lepas kan student st. john ambulance kawat sendiri2 dan dia dok kat bilik guru lepak. budak2 merayau2 dalam sekolah dan ada guru kanan nampak.
Lepas tu, bila hari dia kena jadi guru pembimbing, dia mesti cari alasan atau tidak hadir ke sekolah. menyusahkan orang lain kena cover kerja dia. hei.. marah betul aku orang yang kerja lepas tangan ni.

oklah… dah banyak masa aku terbuang ni. bila aku free lagi, dapatlah aku tulis lagi. jumpa lagi bila2 aku free…